Bunuh Pesakit Untuk Kosongkan Katil Hospital


Sao Paulo: Seorang doktor yang dituduh membunuh pesakitnya bagi mengosongkan katil hospital mungkin boleh dipersalahkan atas lebih 300 kematian. 
Virginia Soares de Souza dipercayai bertindak “seperti Tuhan” dengan memberikan ubat penenang otot berlebihan atau mematikan mesin sokongan hayat pesakit tertentu.

Jika dibuktikan, polis berkata, Virginia kemungkinan besar bertanggungjawab atas kematian lebih ramai pesakit berbanding pembunuh bersiri Britain, Harold Shipman, yang membunuh sekurang-kurangnya 215 orang sebelum dia menggantung dirinya pada 2004. 


Virginia - bekerja di Hospital Evangelico di Curitiba, selatan Brazil, sebelum ini dituduh menyebabkan kematian tujuh pesakit. Namun, jumlah itu meningkat ketika polis menjalankan siasatan terhadap pesakit yang diletakkan di bawah pengawasannya sejak tujuh tahun lalu. 

Jurucakap polis berkata, mereka mungkin mengesan hampir 300 kes membabitkan Virginia. Sementara itu, peguam Virginia, Elias Mattar Assad berkata, dia akan membuktikan bahawa tertuduh tidak bersalah di mahkamah. - Agensi


  Source

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat