Breaking News

Monday, March 25, 2013

Iraq selepas serangan

Iraq selepas sedekad 
 


SEPULUH tahun lalu pada hari Selasa, Amerika Syarikat (AS) menyerang Iraq dengan kira-kira 4,400 tentera AS dan lebih daripada 100,000 orang awam Iraq terkorban.
Bukan setakat itu sahaja, AS juga dikejutkan dengan kos perang mencecah AS$2 trilion (RM6.2 trilion), termasuk kos komitmen kebajikan veteran perang.


Penasihat Keselamatan AS di bawah Presiden George W Bush (2005-2009) Stephen Hadley berpendapat, kos melampau itu memberi impak terhadap politik, ekonomi dan sosial rakyat AS dan Iraq.


Hadley berkata, tuduhan pentadbiran Rumah Putih, Parti Republikan dan Demokrat, serta pentadbiran Bill Clinton dan Bush mengaitkan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein untuk kepentingan dalam membekalkan senjata sepanjang peperangan itu adalah meleset.

Namun, beliau mendakwa AS mengukir kemenangan sepanjang peperangan itu tetapi terpaksa menanggung kesan kemerosotan ekonomi hingga mengambil tempoh panjang untuk memulihkannya.


“Saddam adalah ancaman kepada AS dan rantau ini. Iraq harus dilepaskan bagi memberi peluang kepada negara itu mempertahankan dirinya dan menjadi sekutu dalam keganasan perang,” katanya.


Menurutnya, situasi sama kini bakal berulang apabila perang saudara di Syria terus memberi tekanan kepada AS.


“AS terpaksa mengambil tanggungjawab memastikan perang di Syria ditamatkan serta-merta,” katanya.


Pemimpin 'tidak sempurna’

Pada 2006, satu gelombang merah berlaku apabila memo Hadley ditulis kepada Kabinet tersebar kepada media dengan menyatakan beliau melahirkan kebimbangan terhadap keupayaan memerangi keganasan pro Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.


Ketika tersebarnya memo itu, Presiden Bush dengan angkuhnya menimbang semula untuk menambah bilangan tentera AS di Iraq dan melanjutkan tempoh mengekalkan tenteranya di sana.


Pentadbiran Rumah Putih juga mempersoalkan sama ada Maliki mempunyai kuasa inklusif sepenuhnya dalam pentadbiran Iraq atau sebaliknya.


Selepas itu, Bush mengesahkan Maliki mempunyai kuasa inklusif dan mampu mentadbir negara secara berdikari.


“Maliki berhadapan cabarandan ujian, beliau adalah pemimpin yang tidak sempurna. Saya rasa beliau akan menjadi rakan kongsi sama seperti Saddam dan akhirnya menamatkan permusuhan di Iraq,” katanya.

 
Kesan perang

Walaupun secara rasminya, perang berakhir pada Disember 2011, namun masih ramai individu mengalami trauma.


Veteren perang, Shannon Meehan dari Philadelphia antara 24 anggota bertugas di bandar Baqubah pada 2007.


Menurutnya, tindakannya memecah rumah dan melakukan serangan, menangkap penduduk masih segar dalam fikirannya.


“Ketika itu kami melancarkan serangan mortar di perkampungan kecil hanya semata-mata untuk melindungi askar kami. Kami membunuh keluarga, wanita dan kanak-kanak tidak bersalah,” katanya.


Episod itu menghantui dirinya sepanjang hayat sehingga kini beliau mengalami kemurungan melampau.


Penduduk di Iraq, Aymen Salihee, 37, memberitahu, beliau bersama abangnya, Salihee Yasser tersalah memasuki kawasan hingga menyebabkan seorang penembak tepat AS melepaskan tembakan lalu meragut nyawa abangnya.


Majlis Kebangsaan Golongan Kurang Upaya melaporkan, ketika ini terdapat 40 peratus veteran perang Iraq dan Afghanistan menderita akibat peperangan, termasuk mengalami kecacatan.

 
Iraq hari ini

Secara purata, pembayar cukai AS membelanjakan kira-kira AS$60 bilion (RM187 bilion). Penganalisis politik dari Universiti Boston mendapati, kira-kira AS$8 bilion (RM25 bilion) digunakan pada 2012 untuk menjana pembangunan politik, ekonomi dan sosial Iraq.


Namun, ramai penganalisis berpendapat, bajet itu gagal memberi pulangan lumayan kepada AS.


“Banyak rancangan AS gagal dalam memberi pulangan pelaburan. Tetapi, perubahan ketara dapat dilihat pada Iraq di mana negara itu mempunyai sistem teknologi maklumat terkini,” katanya.


Penganalisis juga berpendapat, ketegangan hanya dapat dilihat dari sudut politik di mana negara itu kini sedang bergolak dengan krisis mazhab.


“Sunni banyak menuduh kerajaan didominasi Syiah menjadi autoritarian. Pada perang mazhab 2008, penduduk Iraq mulai sedar konflik itu sekadar merugikan kerana negara itu masih dikuasai kuasa besar iaitu Barat,” katanya.


Cabaran lain dapat dilihat di Iraq adalah tekanan diterima daripada kesan peperangan di Syria, di mana Iraq menghadapi pencerobohan dari Iran.


“Sekiranya Tentera Pembebasan Syria (FSA) berjaya menggulingkan Presiden Syria, Bashar Assad di Syria, Iraq pasti menerima kesan secara tidak langsung dalam episod untuk menjatuhkan Maliki. AS sekali lagi perlu memainkan peranannya dalam membantu Iraq menangani tempoh peralihan itu,” katanya.





  Source

4 comments:

  1. paling menyampah ngan statement ne "AS terpaksa mengambil tanggungjawab memastikan perang di Syria ditamatkan serta-merta." AS hipokrit. banyak agenda buruk.

    ReplyDelete
  2. Walaupun kerugian pihak US tapi hasil minyak Iraq habis dikautnya...Cover balik! Lagi untung pulak tu... Huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu BM..Tak ada yang rugi to AS..They won't be there in the first place kalau won't benefit anything..

      Delete

Designed By