Kampung Tanduo kini selamat
KUALA LUMPUR,
(Bernama) - Pada 5 Mac, pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif
terhadap kumpulan penceroboh militan di Kampung Tanduo, dan seminggu selepas
Operasi Daulat, keadaan di Lahad Datu dan Semporna kembali seperti biasa.
Seramai 54 penceroboh militan ditembak mati manakala 97 lagi ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, pasukan keselamatan yakin insiden pencerobohan di Lahad Datu akan berakhir. Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.
Malah, dalam tempoh 24 jam lepas, tiada insiden berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu di tiga kampung yang menjadi tumpuan operasi iaitu Kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Sungai Bilis.
"Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan keadaan dan yakin kami boleh mencapainya," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang akhbar pada 4.30 petang ini.
Terdahulu, pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar pada 10.40 pagi berkaitan perkembangan semasa insiden Lahad Datu, Hamza mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.
Sementara itu, lima sekolah di Lahad Datu dan 49 di Semporna dibuka semula hari ini. Hanya tiga sekolah di kawasan zon merah masih ditutup. Bagaimanapun, Hamza mengingatkan masyarakat agar tidak menghampiri kawasan operasi.
Pasukan keselamatan kini dalam usaha mengeluarkan mayat penceroboh dari Kampung Tanjung Batu, dan sehingga petang ini, 22 mayat dikeluarkan dan 18 daripadanya dihantar ke Hospital Lahad Datu manakala empat lagi ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.
"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa (ketua kumpulan penceroboh berpangkat jeneral)," kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.
Mengulas dakwaan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu, Hamza menafikannya dan berkata penduduk kampung Tanjung Batu, Labian dan Sungai Bilis telah dipindahkan.
Sejak krisis pencerobohan, lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas, iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac.

Source
alhamdulillah hrp semuanyer pulih seperti biasa
ReplyDeleteAlhamdulillah...Semoga keadaan akan segera aman sepenuhnya di semua kawasan
ReplyDeletealhamdulillah..semoga sabah akan seperti dulu
ReplyDeleteنقل اثاث بجازان
ReplyDeleteشركة نقل اثاث برابغ
شركة نقل عفش بشرورة
شركة نقل اثاث بعسفان
شركة نقل اثاث بتبوك
شركة نقل عفش بالخبر
شركة نقل عفش بالاحساء
شركة نقل عفش بالقطيف
شركة نقل عفش بالجبيل