Keganasan terus merebak


Keganasan   terus  merebak
Penasihat khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon, Vijay Nambiar meninjau kerosakan yang berlaku berikutan rusuhan etnik di Meikhtila, Mandalay, 550 kilometer ke utara Yangon, semalam. - Foto AP




Yangon: Kumpulan anti-Islam mengamuk di tiga lagi pekan di Myanmar hujung minggu lalu, memusnahkan masjid dan membakar berpuluh-puluh rumah di sebalik usaha kerajaan untuk menghalang keganasan agama terbaru di negara itu daripada terus merebak.

Presiden Thein Sein mengisytiharkan darurat di tengah Myanmar Jumaat lalu dan menempatkan tentera di bandar raya paling teruk terjejas, Meikhtila, yang menyaksikan 32 maut dan 10,000 penduduk kebanyakannya beragama Islam kehilangan tempat tinggal. 


Namun walaupun tentera ditempatkan di situ selepas beberapa hari menyaksikan penduduk Buddha bersenjata membakar bandar raya diduduki penduduk Muslim itu, ketegangan anti-Islam merebak ke ibu kota, Naypyitaw. 

20 lelaki geledah masjid


Seorang penduduk Muslim di Tatkone, kira-kira 80 kilometer dari Meikhtila, berkata menerusi telefon sekumpulan kira-kira 20 lelaki menggeledah sebuah masjid di situ lewat kelmarin, melemparnya dengan batu dan memecahkan tingkap sebelum tentera melepaskan tembakan untuk mengusir mereka.

Beliau yang enggan mendedahkan namanya percaya penjenayah bukan dari Tatkone.

Sehari sebelum itu, sekumpulan samseng membakar sebuah masjid dan 50 rumah di bandar Yamethin, lapor televisyen. Sebuah masjid dan beberapa bangunan juga musnah pada hari sama di Lewei, di bahagian selatan. Tidak dapat dipastikan siapa mendalangi keganasan, dan tiada pertempuran atau kematian dilaporkan di tiga bandar itu. 

Peningkatan kekacauan berunsurkan agama membayangi pentadbiran Thein Sein ketika ia bergelut membawa pembaharuan demokratik di negara Asia Tenggara itu selepas pemerintahan tentera berakhir secara rasmi dua tahun lalu bulan ini.


Dua episod sama menggegarkan negeri Rakhine tahun lalu, apabila etnik Buddha Rakhine menentang penduduk Muslim Rohingya dalam pertumpahan darah yang membunuh beratus-ratus orang manakala lebih 100,000 lagi kehilangan tempat tinggal.


Penduduk Muslim Rohingya dianggap sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh dan kebanyakannya dinafikan kad pengenalan.

AP

Comments

  1. Template baru ni lebih mesra pandangan dan simple. Sesuai sekali!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks BM..in trial ni..but glad this template ringan ..

      Delete
  2. moga2 semua nyer berakhirlah dgn segera kan !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat