Lagi Masjid Di Bakar
Yangon: Perusuh beragama Buddha semalam membakar sebuah lagi masjid dan kediaman penduduk Islam di bandar di tengah Myanmar.
Ia kejadian keganasan terbaru membabitkan penduduk berbeza agama itu yang setakat ini sudah meragut kira-kira 40 nyawa.
Dalam kejadian terbaru yang berlaku selepas keganasan meletus, polis berkata, sebuah masjid di bandar Nattalin dibakar perusuh.
Penduduk berkata, polis tidak dapat berbuat apa-apa ketika
sekumpulan perusuh Buddha tiba di bandar itu dan membakar masjid
berkenaan.
“200 perusuh datang ke bandar ini. Polis tidak dapat mengawal
mereka...mereka memusnahkan masjid dan beberapa kediaman. Kemudian
mereka beredar,” kata seorang penduduk.
Perintah berkurung dari senja hingga ke Subuh turut dikenakan di
tiga lagi bandar, lapor media kerajaan ketika pihak berkuasa cuba untuk
menghentikan keganasan itu yang mula tercetus di Meiktila 130 kilometer
ke utara Naypyidaw, hab komersial Myanmar.
Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Myanmar, Vijay Nambiar
yang mengunjungi Meiktila berkata semalam, penduduk Islam menjadi
sasaran kekejaman penganut Buddha.
Keganasan bermula 20 Mac lalu berikutan pertengkaran di kedai
emas di Meiktila. Ia bertukar menjadi ganas dengan masjid dan kediaman
penduduk Islam dijadikan sasaran.
Ia adalah keganasan terburuk sejak penduduk Islam Rohingya di negeri
Rakhine diserang oleh penganut Buddha tahun lalu yang mengorbankan
sekurang-kurangnya 180 orang dan menyebabkan lebih 110,000 kehilangan
tempat tinggal. - AFP
aihh, kesiannya..ada lagi kes2 lagu ni kat sna..
ReplyDeleteMemang banyak tension among muslims dan agama lain kat dunia ni sekarang cik Tim..semoga unat islam diberi kekuatan
Deletebangun wahai islam. islam itu terang dan nyata tapi umat nya masih buta dan leka.
ReplyDelete