Ops Lahad Datu: Lagi ramai pengganas mati
| 
BEBERAPA anggota tentera menaiki sebuah trak yang membawa bekalan makanan ke Kampung Tanduo, Lahad Datu semalam.  | 
LAHAD DATU - Semakin lama pengganas berkubu di Kampung Tanduo di 
sini, makin ramai pula anggota mereka yang ditemui mati ekoran kecekapan
 dan ketepatan pasukan keselamatan menjalankan Operasi Daulat di kawasan
 bergolak tersebut.
Semalam pasukan keselamatan menemui dua lagi kubur baharu pengganas 
Sulu tidak jauh dari sebuah lubang yang ditemui pada 6 Mac lalu. Di 
dalam lubang itu mengandungi sembilan mayat.
Dua kubur tersebut mengandungi enam lagi mayat pengganas Sulu yang 
sudah mereput dan berbau busuk menjadikan jumlah sebenar musuh yang mati
 ditembak dalam pertempuran pada 1 Mac lalu meningkat kepada 15 orang 
dan bukan 12 seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dua kubur itu 
ditemui selepas pasukan keselamatan membuat pemeriksaan teliti di 
kawasan kampung tersebut.
"Ketika pertempuran pada 1 Mac lalu, dua anggota kita telah terkorban
 manakala kita pula memberitahu 12 pengganas telah ditembak mati. Namun 
pada masa itu, kita tidak menemui mayat musuh.
"Apabila kita melakukan pemeriksaan enam hari kemudian, kita menemui 
sembilan mayat di dalam satu lubang besar. Hari ini (semalam) pasukan 
keselamatan yang memeriksa kawasan itu sekali lagi menemui enam lagi 
mayat di dalam dua buah kubur menjadikan jumlah yang mati menjadi 15 dan
 bukan 12 seperti yang dimaklumkan sebelum ini," katanya pada sidang 
akhbar di sini.
 


 
 
Comments
Post a Comment