Breaking News

Monday, March 18, 2013

Lahad Datu: Jamalul Kiram lancar perang gerila




MANILA 18 Mac - Pengikut kumpulan pengganas Jamalul Kiram III tidak akan berundur dan mereka diarah melancar perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.

Portal berita Filipina melaporkan Kiram berkata, pengunduran anggota kumpulan itu yang diketuai adiknya, Azzumudie dari Sabah bukan satu pilihan.

''Mereka sudah berada di tempat kelahiran mereka, kenapa nak pulang,'' katanya di rumahnya di Taguig City, semalam.

Sementara itu, jurucakap Kiram, Abraham Idjirani berkata, pencerobohan di Sabah akan diteruskan.

''Arahan gencatan senjata dikeluarkan sebelum ini telah ditarik balik dan pengikut Kiram diarah melancarkan operasi serang dan lari terhadap rakyat Malaysia,'' katanya.

Kiram berkata, pengikutnya berjaya melarikan diri daripada serbuan polis serta tentera Malaysia dan kini bersembunyi dalam kawasan hutan di Sabah.

2 comments:

  1. Nahas sengaja di cari...
    Tanggung sajalah akibatnya nanti!

    ReplyDelete
  2. betul tu BM..tak ad kerja cari kerja..kan dah susah sekarang...

    ReplyDelete

Designed By