Breaking News

Thursday, March 28, 2013

Nekad: Bayi 7 hari ‘terjun’ laut

Sepanggar: Seorang ibu muda berusia 28 tahun yang berpantang mengambil tindakan nekad terjun bersama bayinya ke laut bagi menyelamatkan diri selepas hampir 500 rumah atas air terbakar dalam kejadian di Kampung Numbak, di sini, malam kelmarin.
Ibu terbabit, Julsima Jultaran dan bayinya, Nuranadania Jelwin yang berusia tujuh hari terselamat, namun tidak sempat menyelamatkan harta mereka termasuk pakaian bayi yang baru dibeli.
“Ketika kejadian, saya sedang menyusukan bayi di ruang tamu, manakala dua lagi anak bermain di halaman rumah dan suami pula keluar bekerja.

“Tiba-tiba saya terdengar lebih 20 letupan seperti bom sebelum melihat apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Kebagu.



 Julsima berkata, sebaik menjenguk ke luar, dia melihat suasana kelam-kabut termasuk melihat penduduk bertempiaran sambil menjerit memberitahu mengenai api yang semakin marak.

Foto 
SEBAHAGIAN rumah atas air yang terbakar di Kampung Numbak, Sepanggar, kelmarin.
 

4 comments:

  1. Sedih bila baca berita begini. Sabarlah, mungkin ada hikmah disebaliknya. Rumah2 kg air jenis papan mmg mudah terbakar. Sedangkan rumah batu pun hangus, apa lagi rumah papan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu zana, chances rumah -rumah macam ni memang lebih tinggi..bayangkan 500 buah rumah hilang sekelip mata...

      Delete
  2. waaa blog berwajah baru ye ^^ Alhamdulillah baby and the mother selamat.

    jom terjah: http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Fae, suka tak..he..he...alhamdulillah kan both f them dah selamat..

      Delete

Designed By