Nur Misuari pembohong
Kuala Lumpur: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mengutuk
Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang
mendakwa pergerakan itu diperalatkan Malaysia.
Sambil menyifatkan Misuari sebagai pembohong, Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen, berkata pemimpin MNLF itu melakukan dosa besar kerana melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap MILF dan Malaysia.
Sambil menyifatkan Misuari sebagai pembohong, Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen, berkata pemimpin MNLF itu melakukan dosa besar kerana melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap MILF dan Malaysia.
Beliau berkata, hakikatnya Malaysia memainkan peranan penting
dalam penubuhan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002 untuk
menyatukan MNLF dan MILF dengan kerjasama Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC).
“Ini (kenyataan Misuari) satu pembohongan yang amat ketara.
Misuari berdosa besar atas kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab
ini terhadap MILF dan Malaysia. Beliau patut menarik semula dan
bertaubat atas dosa ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Mohammad berkata demikian dalam reaksinya terhadap tohmahan Misuari
pada temu ramah dengan stesen televisyen Al-Jazeera yang disiar media
Malaysia, kelmarin.
Dakwa KL penjajah
Dalam temu ramah itu, Misuari mendakwa MILF adalah alat penjajahan Malaysia, selain Kuala Lumpur menjajah Sabah dan Sarawak. Dakwanya, perjanjian damai MILF dengan kerajaan Filipina yang
dijangka dimuktamadkan bulan depan juga helah Malaysia memperkuatkan
pengaruhnya di Sabah.
Misuari dilaporkan berkata, Malaysia penghalang sebenar kepada usaha menyatukan MILF dan MNLF.
“Bagaimana Malaysia boleh dikatakan memanipulasi MILF sedangkan Sabah
tidak pernah dijadikan sebahagian agenda rundingan damai sejak 2001,”
tanya Mohammad.
Beliau juga mengingatkan Misuari, Malaysia
tidak pernah secara sukarela menawarkan diri menjadi jambatan kepada
rundingan damai antara kerajaan Filipina dan MILF.
“Malaysia
hanya berbuat demikian apabila diminta Presiden Filipina ketika itu,
Gloria Macapagal Arroyo yang mahu membuka semula pintu rundingan selepas
dihentikan atas arahan bekas Presiden Joseph Estrada.
“Estrada
mengisytiharkan perang terhadap MILF dan Arroyo ketika lawatan
sulungnya ke Malaysia, secara peribadi meminta bantuan Malaysia (jadi
orang tengah),” katanya.
Permintaan Filipina
Malaysia katanya, bersetuju atas permintaan itu sebagai menghormati hubungan baik dengan Filipina.
“Mengapa sekarang Misuari sibuk membuat kenyataan sedangkan sepanjang rundingan damai, beliau tidak pernah bersuara.
“Sebagai ketua, Misuari gagal membuktikan apa-apa. Lebih baik beliau
berdiam diri, berehat dan menulis buku sambil membiarkan kepemimpinan
baru menerajui Bangsamoro untuk aspirasi perjuangan sebenar,” tegasnya
Comments
Post a Comment