Parlimen Terbubar Sendiri : NS Di Tadbir Kerajaan Sementara
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad
Hasan berpandangan Parlimen yang terbubar sendiri boleh dijadikan amalan
kerana mempunyai implikasi positif terutama dari segi pembangunan
negara.
Ini kerana katanya, kaedah itu dapat mengelakkan spekulasi tarikh
pilihan raya umum yang sedikit sebanyak merencatkan kegiatan pelaburan
di negara ini khususnya.
"Pada saya cakap-cakap pasal pilihan raya ini tidak baik kerana
pelabur asing dan dalam negara akan mengambil langkah tunggu dan lihat
(sebelum buat [pelaburan) dan ini tidak baik kepada ekonomi negara,"
katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri, di sini
pada Rabu.
Katanya langkah melambatkan pembubaran Parlimen atau membiarkannya
terbubar sendiri juga membolehkan kerajaan memanfaatkan sepenuhnya
tempoh lima tahun itu untuk membangunkan negara tanpa diganggu oleh
perkara lain.
"Kalau memerintah tiga, empat tahun sudah cakap pasal pilihan raya, pening kepala, tak boleh buat kerja," katanya.
Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April
ini dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pula merupakan DUN
pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam Khamis.
Sementara itu, Mohamad berkata beliau telah menghadap Yang Dipertuan
Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Rabu bagi memaklumkan DUN akan
terbubar secara sendiri pada Khamis dan memberi taklimat kepada baginda
mengenai fungsi kerajaan sementara untuk menguruskan negeri.
Katanya kerajaan sementara itu tidak akan membuat keputusan besar dan
hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini selain
mengurus soal kebajikan rakyat dan penjawat awam.
Mengenai prestasi kerajaan negeri, Mohamad berkata beliau amat
berpuas hati dengan prestasi semua anggota exco dan jabatan peringkat
negeri sepanjang lima tahun meneraju negeri.
Katanya banyak pencapaian memberangsangkan telah dinikmati dengan
keberkesanan dasar-dasar yang diperkenalkan seperti Dasar Pelajaran,
Dasar Jaringan Keselamatan Sosial dan Dasar Pembangunan Ekonomi.
"Dasar-dasar ini telah banyak memberi faedah kepada rakyat dan kita
akan sambung dasar-dasar ini jika kerajaan Barisan Nasional terus diberi
kepercayaan untuk mentadbir negeri pada penggal ke-13 nanti," katanya. BERNAMA
Akhirnya sampai terbubar sendiri... Bila le nak Bubar Parlimen ni, xsabo nak mengundi... hehe
ReplyDeleterasanya tak lama lagi dah ni pilihanraya...NS pun dah bubar parlimen!
ReplyDelete