Skip to main content

Peluang golongan muda tunai haji



Peluang golongan muda tunai haji 
 Azlan (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ismee sempena lawatan Pengurusan Kanan Tabung Haji ke Balai Berita di Jalan Riong.
 
Kuala Lumpur: Golongan muda berpeluang menunaikan haji pada usia muda melalui amalan menabung di Lembaga Tabung Haji (TH).

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Paduka Ismee Ismail, berkata mereka boleh berbuat demikian dengan membuka akaun di TH dengan simpanan permulaan sekurang-kurangnya RM1,300.

Ketika ini, kos menunaikan haji adalah RM15,555 seorang.

Setiap tahun TH menghantar kira-kira 28,000 orang menunaikan haji. Ketika ini, seramai 1.1 juta orang masih menunggu giliran menunaikan haji.

Bayar RM9,980

“Namun, bagi mereka yang menunaikan haji buat pertama kali dan pergi secara Muassasah, bayaran dikenakan sebanyak RM9,980 seorang dan TH akan menanggung sebanyak RM5,575,” katanya yang mengetuai lawatan pengurusan kanan TH ke Balai Berita di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Kamarudin Mat Ali; Pengurus Besar Kanan TH, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman; Ketua Pegawai Pelaburan TH, Abdul Kadir Sahlan. 

Rombongan TH berkenaan turut mengadakan perjumpaan dengan pengurusan kanan NSTP yang disertai Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Mohammad Azlan Abdullah; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar. 






Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat