• Home

Blog Santai

  • Home

Breaking News

Saturday, March 9, 2013

Pengganas Sulu Terperangkap & kini berpecah






LAHAD DATU - Kumpulan pengganas Sulu yang tertekan selepas terperangkap dengan operasi besar-besaran pasukan keselamatan kini menukar kepada taktik gerila dengan berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil bagi menyelamatkan diri.


Nasib mereka kini ibarat telur di hujung tanduk setelah pasukan keselamatan menggandakan kekuatan dengan penambahan anggota zon operasi bagi mempercepat proses membersihkan Lahad Datu daripada pengganas berkenaan sekali gus menamatkan konflik.


Ops Daulat di Lahad Datu yang masuk hari kelima semalam menyaksikan seorang lagi pengganas Sulu mati dibunuh di Kampung Tanduo menjadikan jumlah keseluruhan pengganas yang maut 53 orang.


Selain itu, 27 lelaki yang mendakwa sebagai nelayan turut ditahan menjadikan jumlah tahanan akibat konflik tersebut kini 106 orang. Ini termasuk lapan lagi tali barut yang ditahan semalam.


Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin memberitahu, kumpulan pengganas Sulu kini telah berpecah dan bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Beliau menambah, risikan yang dibuat pasukannya mendapati kumpulan tersebut kini telah terkepung sepenuhnya dan hanya bergerak antara Kampung Tanjung Batu dan Tanduo.

"Kawasan kepungan kita di Kampung Tanduo adalah sekitar empat kilometer dan begitu juga di Tanjung Batu. 


"Ketika ini, pasukan kita telah mengepung kedua-dua kawasan tersebut menyebabkan mereka hanya bergerak antara kedua-dua kampung.


"Pasukan kita juga telah mengesan seorang daripada mereka yang cuba keluar daripada kepungan dan berjaya menembak mati musuh tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Katanya lagi, operasi menggeledah dan mencari kini tertumpu di kawasan Kampung Tanduo selepas mendapati musuh telah bergerak ke Tanjung Batu.


"Selesai kita bersihkan Tanduo, kita akan masuk ke Kampung Tanjung Batu dan adalah mustahil untuk mereka melepasi kepungan ini.


"Musuh yang tidak dapat lari bersembunyi di Kampung Tanduo bukan di rumah-rumah tetapi di semak dan hutan tebal yang terdapat di kawasan tersebut," katanya.

Tambahnya lagi, permukaan bumi yang berpaya dan sebagainya di antara kedua-dua kampung turut dikawal ketat pasukan keselamatan.


Dalam pada itu, kor bantuan tempur dari Kuching, Sarawak berlepas ke Lahad Datu semalam bagi membantu operasi menggempur habis-habisan dan memburu saki-baki penceroboh di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu saki-baki penceroboh militan kembali menyaksikan kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu.


Beliau berkata, kawasan Felda Sahabat turut bergegar dengan beberapa bunyi dentuman bom dari kawasan zon merah pada pukul 1 pagi dan 7.30 pagi dengan bunyi pesawat dan helikopter berlegar di ruang udara kawasan ground zero itu.




Mengapa Perlu Tukar Sekarang?

Betul ke Dia Orang Refund 100% kalau...?

Kenapa Ramai Tonton Video Ni Ya

kenapa CELCOM jadi pilihan ramai ya ?

Cantiknya..!!!

Wow...Hebatnya Dia orang ni....


Source
Share ! Tweet
Posted by Unknown at 3:47 PM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: My Selected Article

2 comments:

  1. MaMa ReyMarch 9, 2013 at 7:40 PM

    harap penceroboh2 tu semua akan tertangkap..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Nurfaezah AbdullahMarch 9, 2013 at 7:55 PM

    semoga konflik Lahad Datu cepat settle.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
  • ►  2016 (20)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (4)
    • ►  June (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (8)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (7)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (4)
    • ►  January (8)
  • ►  2014 (1162)
    • ►  December (77)
    • ►  November (71)
    • ►  October (71)
    • ►  September (73)
    • ►  August (67)
    • ►  July (85)
    • ►  June (111)
    • ►  May (134)
    • ►  April (119)
    • ►  March (126)
    • ►  February (111)
    • ►  January (117)
  • ▼  2013 (1464)
    • ►  December (127)
    • ►  November (130)
    • ►  October (121)
    • ►  September (130)
    • ►  August (115)
    • ►  July (119)
    • ►  June (125)
    • ►  May (120)
    • ►  April (132)
    • ▼  March (116)
      • Lelaki lepas tembakan rambang di pusat hiburan, du...
      • Anak singa jadi rakan sepermainan
      • Nekad: Bayi 7 hari ‘terjun’ laut
      • Lagi Masjid Di Bakar
      • Hilang Penglihatan Kerana Contact Lens
      • CIKGU Erin Ketagih Suntikan
      • RM50 untuk jadi askar Sulu
      • Parlimen Terbubar Sendiri : NS Di Tadbir Kerajaan ...
      • Pulau Tercantik Di Dunia
      • "MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"
      • Kampung Tanduo ditutup, penduduk dipindah ke lokas...
      • Ikan Bergigi Manusia
      • Bunuh Pesakit Untuk Kosongkan Katil Hospital
      • Ops Lahad Datu: 21 jam tanggung azab
      • Pelajar 17 tahun jadi jutawan
      • Hari Tidur Sedunia
      • Rakyat Malaysia ambil lebih garam ?
      • Keganasan terus merebak
      • Kerana Sedih, 8 bulan tidur bersama mayat ibu
      • Iraq selepas serangan
      • 7 lelaki dibunuh dengan kejam
      • Cincang ibu kerana tak suka
      • Lelaki ini Obses dengan Barbie
      • Garam punca kematian 2.3j seluruh dunia
      • Maut ditetak adik
      • Ketua pengganas Sulu ditangkap
      • Awas - ulat dalam coklat
      • Jamalul Kiram saman Malaysia RM77.8 bilion
      • Kami pasti mati jika tidak lari daripada pencerobo...
      • Bakar diri kerana tidak tahan hidup miskin
      • Lupa Tuhan ketika senang
      • Aksi Ngeri Dua lelaki
      • Anak berlumuran darah
      • Pengganas amal ilmu hitam, mayat cepat reput
      • Ditawan Empat Penceroboh Sulu Yang Kelaparan
      • Sayang Anak
      • maut terkena kipas helikopter kawalan jauh
      • Nur Misuari pembohong
      • Lukisan berusia lebih 17,000 tahun
      • Minum darah sendiri untuk diet
      • Misteri Kehilangan 13 lukisan bernilai RM1.5 bilio...
      • Pembubaran Parlimen hari ini ?
      • Ops Lahad Datu: Pengganas wanita tawan rumah
      • Signage Yang Kelakar !!!!
      • Internet percuma mulai bulan depan
      • Bakar diri kerana tekanan perasaan
      • Lahad Datu: Jamalul Kiram lancar perang gerila
      • Kepala dalam peti sejuk
      • Lahad Datu: Berjalan kaki 10 jam untuk selamatkan ...
      • Festival burung unta tarikan di Arizona
      • Pelindung dari Yakjuj dan Makjuj
      • Salji di Gurun Sahara
      • Barang Milik pengganas Sulu ditemui
      • Blog Santai: Isu-isu Terkini Lahad Datu.
      • Bayi Berdarah...
      • Kasih Abang: 12 hari lindungi adik daripada pengga...
      • Awas: Bahaya Salji & Penkek
      • Ops Lahad Datu: Lagi ramai pengganas mati
      • Pelarian Rohingya Tersadai di Jerlun
      • Isu-isu Terkini Lahad Datu.
      • Bayi Terselamat Walau Jatuh dari Tingkat lapan
      • Lebih 30% Rakyat Malaysia Hidap Darah Tinggi
      • Nyaris disembelih pengganas
      • Diskriminasi Rakyat Palestin
      • Ops Lahad Datu: Pejuang negara & sihir militan sul...
      • Parlimen automatik bubar 30 April
      • Azzumudie dalam kepungan
      • Sama Tapi Tak Serupa
      • Ditetak akibat perjanjian gila
      • Awas: Talipon Bimbit Ancam Pengguna
      • Misteri di sebalik azan
      • Zalim: 20 mayat ditemui dengan kesan tembakan di k...
      • Kampung Tanduo kini selamat
      • Anak sanggup bunuh bapa sendiri
      • 9 'berita baik' untuk kakitangan awam
      • Jual mayat jadi pengantin
      • Lahad Datu: Pengganas Terus Digempur, Tiada Tanda ...
      • Komando Wanita Di Afgan Di Ancam Bunuh
      • 150 pekerja mengganas, Pengurus Parah
      • Pengganas Sulu Guna tangkal
      • Pengganas Sulu Terperangkap & kini berpecah
      • Peluang golongan muda tunai haji
      • TALI BARUT PENGGANAS DITAHAN
      • Op Daulat: Bunyi letupan bom kedengaran
      • Ikan paus mati kerana telan plastik
      • 10 Ciptaan Menarik Di Dunia
      • Jamalul Kiram: 'Saya sultan paling miskin di dunia...
      • Budak 2 tahun bawa jentolak
      • Bunuh Kekasih & Daging dijadikan juadah anjing
      • Mayat di atas karpet: Raja Muda Sulu mati ditembak...
      • AS lumpuh akibat ribut salji
      • Op Daulat: 52 pengganas maut, operasi diteruskan
      • Ikan Gergasi
      • Kiram : Saya Bukan Pengganas
      • Tembak menembak berlaku di tiga lokasi Tanjung Bat...
      • Pukul Suami Sampai Mati
      • Slim kekal manusia terkaya di dunia
      • Ops Lahad datu: Ketua pengganas cabut lari
      • Dipecat kerana Harlem Shake
      • 5 lima batalion dikerah ke Lahad Datu
    • ►  February (111)
    • ►  January (118)
  • ►  2012 (763)
    • ►  December (154)
    • ►  November (138)
    • ►  October (131)
    • ►  September (131)
    • ►  August (103)
    • ►  July (106)

Popular Posts

  • 1st Segmen : Kasi Terjah by Add
  • Renungan Pagi Jumaat
  • 20% Diskaun Untuk Pengguna Lebuh Raya Sempena Krismas
  • Amaran Untuk Pemilik HONDA
  • 9 Langkah Ketika Cuaca Panas

Followers

Powered by Blogger.
Designed By