Breaking News

Tuesday, March 26, 2013

Rakyat Malaysia ambil lebih garam ?



KAKITANGAN Kementerian Kesihatan, Nur Raishah Najid menunjukkan satu sudu kecil garam pada Kempen Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2013 di Putrajaya semalam.



PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia secara puratanya mengambil sebanyak 8.7 gram garam sehari iaitu 1.7 kali ganda lebih tinggi berbanding yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kajian yang dijalankan Institut Kesihatan Umum pada tahun lepas menunjukkan rakyat negara ini mempunyai kandungan garam melebihi paras yang disyorkan iaitu lima gram ataupun satu sudu teh sehari.
"Dalam kajian yang sama turut didapati kicap soya merupakan makanan yang mengandungi kandungan garam yang paling tinggi iaitu kira-kira 0.57 gram dan kuantiti tersebut belum termasuk jumlah garam dalam makanan lain yang diambil seseorang dalam tempoh sehari," katanya.
  Source

5 comments:

  1. susah juga nak cukup2 garam,makan lauk bukan 1 lauk,kalau family 4 org ,kena ada 2 - 3 lauk.Masak x cukup garam x sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul kan..kalau banyak lauk mesti mesti banyak garam kan..kalau tak sure tak best kan..so kena kurangkan lauk nampaknya..he..he

      Delete
  2. Replies
    1. Thanks KA..actually tengah survey a few good templates..tapi tak expert so end up dengan yang paling simple..

      Delete
  3. Kalau nak sihat, masak guna Garam Buluh. Yg ni tak jadi darah tinggi nyer. Bagus utk jantung :)
    WaneyZainuddin.com

    ReplyDelete

Designed By