Skip to main content

Awas: Kesan Sisa Toksik Kepada Manusia

Masalah kulit sebegini turut dialami oleh segelintir penduduk di Felda Sendayan.
 
NILAI - Penghuni Felda Sendayan, di sini, gusar berikutan pusat pelupusan sisa toksik berhampiran menghasilkan pencemaran yang menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan.  Penduduk mendakwa, tahap kesihatan mereka sering terjejas akibat bau busuk dan asap pelbagai warna dilepaskan premis itu yang wujud sejak 15 tahun lalu.
 

Salah seorang penduduk, yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 33, berkata, hampir 10 tahun dirinya menderita masalah kulit yang serius dan keadaan bertambah teruk setiap kali dia berpeluh lantaran gatal tidak terhingga.   
 
“Saya mula alami masalah ini selepas bekerja selama tiga bulan di pusat pelupusan itu suatu masa dahulu. Selain itu, penyakit saya akan berulang apabila terhidu bau gas toksik di rumah, hampir setiap malam.
  “Saya sudah puas berulang alik ke hospital dan bermacam-macam ubat telah dicuba, namun tetap tidak sembuh sepenuhnya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
 
Penduduk turut alami batuk berpanjangan

Sementara itu, Norhamimah Yasin, 52, berkata, selaku suri rumah, mereka lebih tertekan kerana terpaksa membersihkan kekotoran berbentuk cairan kuning berbintik-bintik. “Setiap kali asap jingga dilepaskan, seluruh persekitaran akan dipenuhi bintik-bintik kuning dan paling kerap menjadi mangsa adalah kenderaan, dinding serta bumbung rumah.
  “Lebih menyedihkan, pokok-pokok juga banyak yang mati akibat terkena bahan tersebut,” katanya.

Azizah Hassan, 56, ditemui pula menjelaskan, penduduk kini mengalami batuk berpanjangan tanpa mengira cuaca dan musim semenjak premis terbabit beroperasi.

 
Padah pencemaran sisa toksikAzizah menunjukkan pokok-pokok yang mati bahana bintik-bintik kuning.

“Keadaan sebegini membuatkan kita takut hendak membawa kanak-kanak terutamanya bayi bersiar-siar di sekitar kampung kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan mereka,” katanya.
  
Manakala Saparudin Mohd Yasin, 64, pula berharap satu analisis atau kajian saintifik dapat dibuat oleh pihak tertentu bagi mengukur sejauh manakah tahap pencemaran di situ demi kebaikan penduduk.  


“Kebimbangan kita semakin memuncak selepas dimaklumkan tidak lagi selamat untuk mendiami kawasan ini oleh beberapa petugas pusat pelupusan berkenaan,” katanya.


 Source

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat