Azzimuddie Kiram jadi pelarian ?
|
LAHAD DATU - Pasukan keselamatan tidak menolak kemungkinan saki-baki
puak pengganas Sulu yang dianggarkan kurang daripada 10 orang sudah
keluar dari kawasan operasi penggeledahan dan pembersihan.
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, usaha
untuk menjejaki kumpulan musuh itu kini giat dijalankan dengan
menggunakan taktik risikan.
"Kita akan mendapatkan maklumat daripada orang ramai selain
menggunakan kepakaran risikan pasukan kita untuk menjejaki saki-baki
musuh yang ada," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Abdul Rahman Hussin.
Comments
Post a Comment