Bayi baru lahir dibuang tepi jejambat, mungkin dipukul hingga mati


Mayat bayi yang ditemui berbungkus dengan kain.
 




Mayat bayi perempuan baru dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh–Kepong, semalam. Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki kira-kira jam 7 pagi.
 
Difahamkan lelaki itu curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan itu dan menemui mayat bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang. Dipercayai mayat bayi itu ditinggalkan di situ beberapa jam sebelum ditemui. Terdapat kesan kecederaan di mata kiri bayi tersebut. Tali pusatnya telah dipotong dan disapu ubat luka.


Berdasarkan
kecederaan mata bayi tersebut, pihak polis percaya bayi itu mungkin dipukul atau dihempas. Ada juga kemungkinan bayi itu ditekup sehingga tidak dapat bernafas berdasarkan buih yang keluar dari hidungnya. 

Comments

  1. Tak sanggup membacanya... Sedih dgn sikap kejam manusia yg bersifat lebih dari binatang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat