Dalang Bom Boston Di Rakam CCTV

on Thursday, April 18, 2013

Kamera keselamatan rakam gambar dalang bom Boston


GAMBAR yang dirakamkan pada Isnin lalu menunjukkan orang ramai menutup telinga semasa sebutir bom buatan sendiri meletup semasa pertandingan Maraton Boston berlangsung di Boston.- AP


BOSTON - Para penyiasat Amerika Syarikat kelmarin berjaya mengesan seorang suspek yang mungkin meletakkan sebutir bom buatan sendiri semasa pertandingan Maraton Boston berlangsung di sini pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat ini. Imej itu dirakamkan menerusi sebuah kamera keselamatan. Menurut seorang pegawai penguat kuasa undang-undang kepada agensi berita AFP, terdapat imej seorang individu dalam rakaman itu yang meletakkan bom itu.

 The FBI said on Thursday that it has identified two suspects in the Boston Marathon bombing and is asking the public for help in identifying the two men.
 Suspect?
 
Beliau berkata, para penyiasat kini berusaha untuk mengenal pasti identiti individu itu. Akhbar Boston Globe melaporkan, imej suspek berkenaan yang dirakamkan itu menunjukkan dia meletakkan bom tersebut.
 

Beberapa media lain menyatakan, terdapat imej yang menunjukkan suspek tersebut berlari manakala sejumlah orang lain terjatuh semasa letupan itu berlaku. Dua butir bom meletup dekat garisan penamat dalam kejadian yang menyebabkan tiga orang mati dan 180 lagi cedera. - Agensi
Ranking: 5

4 comments:

  1. Yang menjadi masalahnya...orang tak berdosa menjadi sasaran...kesiannya!

    ReplyDelete
  2. moga yg bertangungjawab dalam kes ini dapat di tangkap dan dibicarakan secepat mungkin!

    ReplyDelete
  3. Betul tu OKje..apa yang ada kat hati dia orang ya...

    Dah ditangkap KA...bilalah dunia ni nak aman ya..

    ReplyDelete
  4. inilah dia... kekejaman di akhir zaman

    ReplyDelete

Langgan artikel Percuma via feed Follow @raudzah1 di twitter Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Ping your blog, website, or RSS feed for Free
 
© Blog Santai All Rights Reserved