Breaking News

Tuesday, April 23, 2013

Etnik Rohingya Beragama Islam Di Bunuh & Di Usir


Myanmar dituduh lakukan pembersihan etnik Rohingya



GAMBAR yang dirakam pada Jun 2012 menunjukkan penduduk tempatan menyelongkar dan mencuri di tapak sebuah masjid yang musnah selepas keganasan terhadap etnik Islam Rohingya di Satwe, negeri Rakhine.- AFP




BANGKOK - Myanmar telah melancarkan kempen pembersihan etnik ke atas etnik Rohingya beragama Islam, lapor Human Rights Watch (HRW) yang mengaitkan wujudnya perkuburan besar-besaran dan pengusiran melibatkan puluhan ribu etnik tersebut.

Etnik Rohingya yang dinafikan kerakyatan mereka itu berdepan dengan jenayah kemanusiaan seperti pembunuhan, penganiayaan dan pengusiran, jelas HRW yang berpangkalan di New York.

Para pegawai pemerintah Myanmar, pemimpin komuniti dan sami Buddha telah menganjur serta menggalakkan samseng-samseng yang dilindungi oleh pihak berkuasa negeri untuk melakukan serangan terancang ke atas perkampungan Islam di negeri Rakhine Oktober tahun lalu. 

"Pemerintah Myanmar terlibat dalam kempen pembersihan etnik Rohingya yang berterusan hingga ke hari ini dengan menyekat bantuan dan pergerakan mereka," kata Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson.

Jurucakap Presiden Myanmar, Ye Htut bagaimanapun menegaskan pemerintah tidak akan memberi perhatian terhadap laporan yang bersifat sebelah pihak itu. 

Pemerintah Myanmar sebaliknya menunggu laporan kajian suruhanjaya rasmi yang ditubuhkannya untuk menyiasat keganasan tersebut. Namun, pendedahan laporan itu sudah ditangguh beberapa kali. 

Di Rakhine, lebih 125,000 orang etnik Rohingya dan penganut Islam lain telah diusir. Mereka juga disekat daripada menerima bantuan kemanusiaan dan dilarang pulang ke rumah masing-masing. - AFP

@Kosmo

3 comments:

  1. Ang Su Chin pun masih tak buat apa-apa. Tutup telinga dan buat-buat pekak je.

    ReplyDelete
  2. kesian nya kat orang islam yang tertindas disana..

    sama sama kita berdoa untuk saudara seislam dgn kita disana..

    ReplyDelete
  3. Susah rasanya Ang Su Chin tu nak bantu coz dia punya kes pun tak setle-setle Lynnn..


    Yup tulah kak zu...ramai yang terinaya kat luar tu..dugaan umat islam...hanya doa yang mampu kita lakukan...

    ReplyDelete

Designed By