Hospital terbakar, Pesakit Maut

Hospital terbakar 38 maut

Kakitangan Kementerian Pengawalan Kecemasan dan anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan sisa kebakaran di sebuah hospital psikiatrik di Ramensky, tenggara bandar raya Moscow, Rusia, semalam. - AGENSI 

MOSCOW 26 April - Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh, kebanyakannya pesakit dalam kebakaran di sebuah hospital psikiatrik di Rusia, awal hari ini.

Sumber polis yang dipetik agensi berita Itar-Tass menyatakan, kebakaran berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) di hospital itu yang terletak Ramensky, tenggara bandar raya Moscow. Insiden itu dilaporkan berlaku ketika kebanyakan pesakit sedang nyenyak tidur. Beberapa mangsa cuba menyelamatkan diri, tetapi mereka lemas akibat terhidu asap tebal," kata sumber itu.

Kementerian Pengawalan Kecemasan menjelaskan, hanya tiga daripada 41 orang yang berada di dalam bangunan satu tingkat itu, berjaya menyelamatkan diri, termasuk dua pesakit.  Seorang pegawai kementerian yang enggan dikenali memberitahu agensi berita Interfax, hospital itu musnah akibat kebakaran tersebut dan anggota bomba telah menemukan sembilan mayat.
Menurut laporan Interfax, kebanyakan mangsa yang maut tidak dapat melarikan diri kerana telah diberi ubat, selain tingkap hospital dipasang dengan jeriji. Ketua doktor di hospital berkenaan, Murat Shakhov berkata, selain pesakit psikiatri, mereka turut merawat penagih dadah dan kaki botol.
Punca kebakaran masih belum jelas, tetapi laporan awal menyatakan insiden berpunca daripada litar pintas. - dpa

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat