Pelabuhan Zaman Firaun Ditemui

Pelabuhan Zaman Firaun


Sebuah pelabuhan yang dipercayai berusia 4,500 tahun ditemukan oleh pakar arkeologi di kawasan perairan Laut Merah, di Mesir, kelmarin. - AGENSI


KAHERAH 17 April - Pakar arkeologi menemukan satu pelabuhan tertua di dunia yang terletak di kawasan perairan Laut Merah di Mesir. Pelabuhan tersebut dipercayai berusia 4,500 tahun yang digunakan ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) pada Dinasti Keempat.

Pelabuhan itu ditemui di kawasan Wadi el-Jarf, selatan Suez, Mesir bersama beberapa manuskrip papirus dalam aksara hiroglif. Struktur yang dipercayai 1,000 tahun lebih tua dari pelabuhan lain di dunia itu ditemui oleh pasukan Institut Pengajian Arkeologi Perancis.
 
Part of the port at Wadi el-Jarf. Egyptian authorities said the archaeologists found a variety of docks, as well as a collection of carved stone anchors
Sebahagian dari pelabuhan

Akhbar Daily Mail semalam melaporkan pasukan arkeologi itu percaya, pelabuhan berkenaan merupakan pelabuhan komersial paling penting pada zaman purba Mesir dan digunakan untuk mengeksport tembaga dan bahan mineral lain dari Semenanjung Sinai.

Manuskrip tersebut mengandungi maklumat pengurusan untuk mendapatkan roti dan arak kepada pekerja yang akan keluar dari pelabuhan itu. Satu daripada manuskrip itu juga menceritakan maklumat tentang kehidupan penduduk Mesir purba. Pihak berkuasa Mesir berkata, pasukan arkeologi tersebut menemukan pelbagai jenis limbungan dan batu sauh. - AGENSI

Comments

  1. menarik info ni !

    ReplyDelete
  2. Thanks for reading KA...untung jugak dia orang ni rajin mencari bahan-bahan sejarah kan KA..boleh kita tengok..

    ReplyDelete
  3. Satu persatu bukti sejarah dijumpaikan raudzah...
    baguslh diaorang ni suka mengkaji....kita pun tumpang dapat ilmu hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat