Menggelupur terbakar

Kereta Mangsa Yang Terbakar
 
Banting: Sepasang suami isteri terkejut apabila melihat seorang lelaki sedang menggelupur terbakar dalam kereta tetapi gagal menyelamatkannya kerana kenderaan itu meletup.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang di kebun kelapa sawit di Jalan Sri Gambut di sini, Khamis lalu, pasangan suami isteri berkenaan curiga melihat asap di kebun berhampiran rumah mereka.

Apabila didekati mereka melihat seorang lelaki sedang menggelupur dalam keadaan terbakar dalam sebuah Perodua Kancil, namun sebaik menghampiri untuk membantu, kereta berkenaan meletup.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Nordin Manan berkata, sepasukan anggota polis peronda MPV dan unit forensik dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati kereta itu sudah hangus.

Katanya, hasil pemeriksaan awal juga mendapati terdapat satu rangka manusia yang rentung di bahagian pemandu.


Comments

  1. Sedih melihat bagaimana mangsa mengelupur terbakar

    ReplyDelete
  2. hish macamana boleh park kat Ladang Kelapa Sawit tu...

    ReplyDelete
  3. Ada yang kata kena bako ada pula yang kata terbako ada pula yang kata membako diri (bunuh diri). Banyak versi pasal kes ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat