Penduduk Palestin Diusir Rejim Zionis
Ratusan Penduduk Palestin diusir
Seorang wanita Palestin bersama anaknya terpaksa meninggalkan rumah mereka di Wadi al- Maleh, kelmarin.
                                                                
Tentera Israel bertindak mengusir ratusan penduduk Badwi 
Palestin dari kampung mereka di Tebing Barat, kelmarin selepas rejim 
Zionis mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon latihan tentera. Hampir sebahagian daripada penduduk Wadi al-Maleh terpaks meninggalkan
 rumah mereka dan mendapatkan perlindungan di kampung berhampiran.
 Tentera rejim Zionis turut melarang orang luar termasuk petugas media 
memasuki kawasan itu yang kononnya telah diisytiharkan sebagai zon 
tertutup tentera. Difahamkan, Wadi al-Maleh terletak dalam kawasan C meliputi dua pertiga
 Tebing Barat yang terletak di bawah kuasa Israel selain menempatkan 
penempatan haram Yahudi.
Dalam perkembangan lain, seorang penunggang motosikal di Gaza dilaporkan terbunuh manakala dua lagi cedera dalam serangan udara dilancarkan Israel. Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al- Kidra berkata, mangsa, Haitham Mishal menjadi sasaran rejim Zionis selepas dia didakwa sebagai anggota militan yang terlibat dengan serangan roket dilancarkan di selatan Israel, 17 April lalu.

kesian... hanya doa and sumbangan je yang dapat we do to help them...
ReplyDeleteYup ..doa untuk mereka...terus berjuang...
ReplyDeletekesian.. sampai bilalah akan ada kedamaian buat mereka
ReplyDelete