Penumpang pesawat bungkus diri dalam plastik

Seorang penumpang pesawat membungkus dirinya dengan plastik ketika dalam penerbangan. 

Lelaki yang berpakaian serba hitam itu membungkus dirinya dalam plastik, duduk dengan kepalanya sedikit tunduk dan ikatan plastik itu di atas kepalanya.

Gambar itu dimuat naik ke laman Reddit kelmarin dan ada pembaca mendakwa lelaki itu keturunan Kohein, golongan paderi kuno Yahudi yang diharam terbang melintasi tanah perkuburan.

Ramai di kalangan anggota keturunan itu membungkus diri mereka sebagai tindakan mengatasi larangan berkenaan.

“Masyarakat Kohein dilarang berhubung dengan orang yang sudah mati, termasuk melawat tanah perkuburan kecuali menghadiri majlis pengebumian anggota keluarga yang rapat,” kata paderi Yahudi Rabbi Jeffrey W Goldwasser ketika mengulas gambar itu.

Menurutnya, sebagai penyelesaian untuk mengatasi larangan berkenaan, penganut agama ortodoks Yahudi itu membungkus diri mereka untuk menghalang daripada ‘berhubung’ dengan orang mati, termasuk melintasi tanah perkuburan ketika dalam penerbangan. Terdapat beberapa kejadian penerbangan ditunda atau berpatah balik kerana enggan membawa penumpang yang membungkus diri dengan plastik atas alasan keselamatan. - Agensi

Comments

  1. tak lemas ker ha..

    mesti taat sungguh kat agama dia tu kan...hehe

    ReplyDelete
  2. laaaa...tak lemas ke duk dlm plastik tu..pelik

    ReplyDelete
  3. la...ingatkan naper hehe pelik nah

    ReplyDelete
  4. haha...boleh pulak gitu...tak lemas ke ek!

    ReplyDelete
  5. Salam Sofyan..welcome to Blog Santai...

    Memang funny Fae...tak boleh imagine kalau dia satu flight dengan I...

    Betul tu kak zu...ni mesti paderi tahap 1 ni.

    Memang pelik cik tie..risau tak boleh bernafas lak nanti...

    Tulah Ct...macam pocong pulak..he..he

    Kalau lemas sure kecoh flight tu OKje..that's why dia orang tak nak bagi they all ni naik flight kot..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat