Breaking News

Tuesday, April 16, 2013

Periuk memasak dipercayai alat letupan di Maraton Boston

Periuk memasak punca letupan di Boston


BOSTON: Ejen Persekutuan yang mengumpulkan bukti bagaimana letupan bom dilakukan ketika acara Maratoh Boston semalam mendapati periuk memasak tekanan tinggi yang dimuatkan dengan bahan letupan, paku dan barangan tajam lain digunakan namun masih kabur siapa dan mengapa ia diletupkan.

Ejen Biro Siasatan Persekutuan dan badan penguat kuasa terus merayu kepada orang awam agar tampil memberikan gambar, video, saksi dan apa saja perkara yang menimbulkan keraguan berkaitan kejadian berkenaan. 


Boston bomb scene pictures show remains of explosive device
 Periuk yang dipercayai bekas letupan

Presiden Barack Obama menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas namun pegawai Amerika masih tidak mendapat pengesahkan sama ada ia serangan yang terancang oleh pertubuhan pengganas, rakyat asing atau tempatan, atau ia tindakan individu sahaja.

Pegawai di lapangan mendapati, bahan letupan dimuatkan dalam periuk memasak 6 liter, - satu periuk dimasukkan berdama dengan besi tajam dan bebola keluli - satu periuk lagi diisi dengan paku.

Kedua-dua bom buatan sendiri itu dimasukkan dalam beg hitam dan ditinggalkan di atas tanah, kata seorang pegawai penyiasat yang enggan disebutkan namanya. - AP

4 comments:

  1. siapalh yg merancang semua ni yer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap bukan orang islam yang terlibat

      Delete
  2. sedih ngan kejadian ni walaupun depa bkn islam.. sian kekanak yg meninggal manakala ada gak kekanak yg putus kaki.. sedih le... kalau betul penganas islam yg buat diharap jgn le wat begini berlandaskan islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mayang...inilah yang berlaku kat Palestine dan syria hari-hari...sedihkan..

      Delete

Designed By