Breaking News

Monday, April 22, 2013

Pokok Gergasi Untuk Selamatkan Bumi

Pokok redwood gergasi diklon untuk selamatkan Bumi


PERTUBUHAN Archangel Ancient Tree Archive berharap dapat menanam berjuta-juta pokok klon redwood purba di seluruh dunia.- AP


Pokok redwood gergasi akan dipasarkan ke peringkat antarabangsa melalui usaha pengklonan bagi menggalakkan penanaman semula hutan dan menangani perubahan iklim.

Sejumlah anak pokok redwood setinggi 45 sentimeter itu dihasilkan di sebuah makmal di sini bagi tujuan tersebut. Semua anak pokok itu dihasilkan melalui proses penyalinan genetik tiga batang pokok gergasi yang ditebang di utara California pada lebih tiga abad lalu.

Apa yang menakjubkan, beberapa pucuk baharu masih tumbuh daripada tunggul kayu pokok redwood tersebut. Ini termasuklah sebatang tunggul yang dikenali sebagai Fieldbrook Stump yang berdiameter, 10.7 meter.

Pokok redwood itu dipercayai berusia kira-kira 4,000 tahun. Pokok tersebut adalah setinggi bangunan 40 tingkat sebelum ia ditebang.

@Kosmo

1 comment:

Designed By