Breaking News

Friday, April 12, 2013

Polis Dubai Meronda Guna Lamborghini

Lamborghini : Kereta Mewah Polis Dubai


Polis Dubai semalam menyiarkan gambar sebuah kereta sport Lamborghini Aventador yang digunakan untuk rondaan dan mencegah jenayah. - AFP


DUBAI - Polis Dubai di Emiriah Arab Bersatu menggunakan sebuah kereta Lamborghini Aventador yang berharga hampir AS$550,000 (RM1.66 juta), lapor agensi berita AP semalam.

Kereta sport buatan Itali itu yang boleh mencecah kelajuan sehingga 349 kilometer sejam dicat dengan warna hijau dan putih.

Harga petrol di Dubai adalah lebih murah berbanding harga minuman. Kelmarin, ibu pejabat polis Dubai menyiarkan gambar kereta tersebut di depan pusat beli-belah terbesar di dunia, Dubai Mall.

Pihak berkuasa di negara ini berdepan masalah kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian disebabkan kenderaan dipandu laju.

Menurut laporan media tempatan, seramai 33 orang mati akibat nahas jalan raya di Dubai dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Kereta sport itu juga digunakan polis Itali, Panama dan United Kingdom. - Agensi

6 comments:

  1. Musykil sat. awatnyalah depa nak guna kereta sport cam tu. kat negara depa tu bukan padat dengan orang and kenderaan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah masalahnya kalau negara kaya sangat...

      Delete
  2. kalau kat malaysia mesti berebut rebut org nak jadi polis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah...dapat melaram dengan Lamborghini..

      Delete
  3. Replies
    1. Kan..hanif...masalah dunia arab ni..he..he

      Delete

Designed By