Breaking News

Tuesday, April 30, 2013

Proses Mengundi Bermula Hari Ini

Anggota tentera, polis tunai hak sebagai pengundi awal hari ini


Anggota ATM, PDRM serta pasangan undi awal hari ini  
Seorang anggota polis dicalit sebelum diberikan kertas undi. Pengundian awal melibatkan anggota polis dan tentera serta pasangan masing-masing diadakan hari ini. - Foto Sinar Ha
 
    Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia serta pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi awal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di 544 pusat pengundian di seluruh negara, hari ini.
  
Mereka terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan serta 111,136 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing.
  
Kesemua pusat mengundi itu yang melibatkan 882 saluran tempat mengundi dibuka bermula pukul 8 pagi ini termasuk di ibu pejabat polis kontinjen dan ibu pejabat polis daerah bagi polis serta kem tentera untuk warga ATM.


Anggota ATM, PDRM serta pasangan undi awal hari ini  
Sebahagian daripada anggota polis beratur di luar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. Pengundian awal berlangsung hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata untuk undi awal ini pengundi akan dicalit dakwat kekal pada jari telunjuk sebelah tangan kiri.
  
Katanya dakwat kekal itu berbeza warnanya berbanding pada hari pengundian Ahad ini dan akan melekat di jari selama tujuh hari.
  
Undi awal dilaksanakan buat pertama kali pada PRU13 berikutan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 iaitu kategori orang yang boleh mengundi awal. - Bernama



(Dari kiri) Koperal Jurina Jamaludin, Lans Koperal Poomawvathi, Koperal Helne Ondui menunjukkan jari selepas mengundi awal hari ini - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI
 

2 comments:

Designed By