PRU 13: Pengundi Wanita Lebih Ramai Berbanding Lelaki
SPR: Kedah Mempunyai Pengundi Wanita Tertinggi

Abdul Aziz Mohd Yusof
PUTRAJAYA - Statistik Daftar Pemilih yang akan digunakan pada pilihan
raya umum ke-13 (PRU-13) bulan depan menunjukkan pengundi wanita lebih
ramai berbanding lelaki.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
berkata jumlah pengundi wanita ialah seramai 6,664,474 (50.23 peratus)
manakala pengundi lelaki 6,603,528 (49.77 peratus).
"Negeri tertinggi bilangan pengundi wanita ialah Kedah, diikuti Perlis
dan Kelantan," katanya pada sidang akhbar mengenai hari penamaan calon,
di sini hari ini.
Sementara itu, beliau menasihati pengundi supaya tidak membenarkan
mana-mana pihak melihat kad pengenalan masing-masing, kecuali semasa di
pusat pengundian.
"Pada hari pengundian, hanya pegawai SPR yang dilantik sahaja berhak
meminta kad pengenalan. Jangan beri kepada sesiapa selagi belum sampai
di pusat pengundian walaupun mendakwa dia pegawai SPR," katanya.
Beliau mengulas laporan mengenai terdapat pihak tertentu yang dikatakan
mahu menganggu proses pengundian dengan meminta pengundi menunjukkan
kad pengenalan masing-masing.
SPR turut menegaskan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan
terhadap pihak yang cuba menimbulkan kekacauan itu, katanya. - Bernama
Wanitakan dengar cakap ......tak gitu Raudzah? hehe
ReplyDeleteSo true OKje...
ReplyDelete