Breaking News

Tuesday, April 23, 2013

PRU13: Kesan Pengundi Melalui MyKad

SPR kesan pengundi melalui MyKad

Sebagai mengulas dakwaan terdapat kemungkinan seorang pengundi boleh mengundi di tiga tempat berbeza, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan mereka akan menentukan pengenalan pengundi menerusi nombor kad pengenalan, sekali gus menghapuskan sebarang kekeliruan sekiranya ada pengundi berlainan identiti tetapi mempunyai nama yang sama. 
SPR juga mengesahkan seorang pengundi mungkin mempunyai ejaan nama yang sama dengan pengundi lain, tetapi mereka mempunyai serial number Mykad yang berlainan.   

Dakwat kekal digunakan
 
Dalam pada itu, SPR memaklumkan, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dakwat kekal akan digunakan dan setiap pengundi wajib dicalit pada jari telunjuk kirinya dengan dakwat itu. Jika ada pengundi yang enggan jarinya dicalit, maka kertas undi tidak akan diberikan. 

Kamaruddin berkata, tujuan penggunaan dakwat kekal itu adalah untuk mencegah cubaan mana-mana individu yang hendak mengundi lebih daripada sekali dan warna dakwat kekal yang digunakan bagi pengundian awal adalah berbeza warnanya dengan pengundian biasa.
 
SPR menegaskan pada PRU-13, tidak akan ada mana-mana individu boleh mengundi lebih daripada sekali kerana dakwat kekal akan digunakan manakala bagi pengundi yang sudah mengundi, nama mereka akan dipotong dalam buku Daftar Pemilih yang digunakan oleh Kerani SPR. 


@Berita Harian

3 comments:

  1. pilih lah calon yang anda suka

    ShareTogetherhttp://sharetogether13.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. tapi kalau kad pengenalan palsu yg ada sama nama, sama no kp tapi undi tempat lain masih boleh mengundi juga sebab nama yang dipotong cuma kat tempat pertama dia undi. Tempat lain tak lagi. Apapun kita serahkan kepada kepakaran SPR untuk menangani situasi camni. Malas nak pening-pening dengar cakap orang.

    ReplyDelete
  3. Yup Sharetogether...sama-samalah kita mengundi k..

    Yup khairul Amran...isu ni sebenarnya never ending coz macam-macam version kita dengar...harap-harap semua pihak melakukan kerja sebaik mungkin untuk kebaikan semua..

    ReplyDelete

Designed By