Breaking News

Monday, April 15, 2013

Rahsia Anak Micheal Jackson Pakai Topeng Terbongkar



 
GAMBAR fail menunjukkan Prince (kanan) dan Paris (kiri) bersama Jackson semasa mereka melawat sebuah zoo di Berlin pada tahun 2002.- REUTERS

Paris Jackson yang merupakan anak perempuan kepada penyanyi yang digelar sebagai Raja Pop, mendiang Michael Jackson akhirnya mendedahkan punca dia dan dua saudara kandungnya memakai topeng selama bertahun-tahun semasa mereka masih kecil, lapor akhbar New York Daily News semalam.

 Father wanted us to have a normal childhood: Paris Jackson

Menurut Paris, dia, abangnya dan seorang adik lelaki tirinya memakai topeng supaya wajah mereka tidak dilihat oleh orang ramai. Gadis yang berusia 15 tahun berkata, Jackson mahu anak-anaknya menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak normal yang lain. 

"Dia (Jackson) tidak mahu orang ramai melihat rupa kami. "Bapa juga mahu kami memiliki apa yang dia tidak boleh kecapi iaitu zaman kanak-kanak yang normal," katanya kepada akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.


Jackson yang popular dengan lagu Beat it itu terkenal kerana kerap melindungi wajah anaknya dengan menggunakan topeng atau memakai tudung bagi mengelakkan mereka daripada dikenali orang ramai. Penyanyi itu juga terkenal pada zaman kanak-kanaknya menerusi kumpulan The Jackson 5 pada tahun 1960-an.

Paris dan abangnya Prince Michael Jackson I yang berusia 16 tahun merupakan anak hasil perkahwinan Jackson dengan Debbie Rowe. Jackson juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Prince Michael Jackson II yang kini berusia 11 tahun.  

Jackson II dikatakan dilahirkan oleh seorang ibu tumpang. Jackson meninggal dunia ketika dia berusia 50 tahun akibat pengambilan berlebihan ubat bius propofol di rumah sewanya di sini pada 25 Jun 2009. - Agensi

6 comments:

  1. camtu ker kisahnya, thanks yer baru tau nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..ha..camtulah kot Asmar...nway thanks for reading ya...

      Delete
  2. jadi glemer sangat pun susahkan Raudzah.... baik jadi org biasa aje le..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul tu OKje..jadi orang-orang biasa macam kita kan ok..tak ada sapa nak kisahkan..he..he

      Delete
  3. Susah jadi popular nikan KA...macam psycho pulak...

    ReplyDelete

Designed By