Skip to main content

Semut tahu gempa bumi sehari awal

Ubah rutin harian apabila kesan gegaran akan berlaku

  
Semut tahu bila gempa bumi akan berlaku dan mengubah kegiatan sebelum gegaran berlaku. 

Gabriele Berberich dari Universiti Duisburg-Essen di Jerman membentangkan hasil kajian itu pada mesyuarat tahunan Geosains Eropah di Vienna, Khamis lalu.

Berberich dan rakannya mendapati, semut merah hutan suka membina busut mereka di sepanjang kawasan gegaran aktif di Jerman.

Ada kira-kira 15,000 sarang semut itu di sepanjang kawasan berkenaan yang retak apabila gempa berlaku. 


Kumpul makanan waktu siang

Berberich berkata, aktiviti biasa semut ialah mengumpul makanan ketika siang hari dan berehat pada waktu malam.

Tetapi, sebelum gempa berlaku, semut tidak akan masuk ke sarang pada waktu malam sebaliknya berada di luarnya.

Peri laku pelik itu berlarutan sehingga sehari selepas gempa berlaku, kata Berberich.

Semut merah hutan ada sel ‘chemoreceptors’ yang dapat mengesan perubahan tahap karbon dioksida serta sel ‘magnetoreceptor’ yang dapat mengesan medan magnet, katanya.

Source

Comments

  1. dah lama tak tengok busut sarang semut

    ReplyDelete
  2. Yup..susah nak cari kan sekarang city..tak tau kat manapun..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat