Breaking News

Friday, April 19, 2013

Tersepit Kepala Akibat Main Sorok-Sorok


Kanak-kanak tersepit kepala


Ibu mangsa menenangkan anaknya daripada ketakutan dan kesakitan

BEIJING - Keseronokan seorang kanak-kanak bermain 'sorok-sorok' bersama rakan-rakannya berakhir insiden panik apabila kepalanya tersepit di celah bangunan di bandar Yulin, selatan China.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan cuba keluar dari celah bangunan tersebut namun gagal hingga menyebabkan seorang daripada rakannya terpaksa menghubungi ibu bapa mereka.



Anggota penyelamat cuba mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit di celah bangunan di bandar Yulin.

Menurut laporan MailOnline pegawai polis tempatan berkata, anggota penyelamat mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun.


Kanak-kanak tersepit kepala 
  Anggot bomba mengarahkan ibu mangsa segera membawa anaknya ke hospital.

"Kepala kanak-kanak itu melekat pada dinding. Kami terpaksa menggunakan minyak pelincir untuk membantu mangsa," katanya.

3 comments:

  1. kesiannya..nasib baik dpt dikeluarkan..mesti budak tu jadi trauma

    ReplyDelete
  2. Kesiankan Mak dara..3 jam tu..

    Yup mama,...mesti trauma budak kecil tu kan..silap-silap dah tak nak main sorok-sorok lagi..he.he

    ReplyDelete

Designed By