Skip to main content

Aimi Mati Akibat Sesak Nafas ?

  Laporan Sinar Harian mengenai penemuan mayat mangsa, semalam.
 

Pelajar tingkatan lima yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja perempuan di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, di sini dipercayai meninggalkan mangsa yang sesak nafas selepas gagal memberi bantuan kecemasan. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, pelajar lelaki berusia 17 tahun itu yang juga rakan kepada mangsa, Aimi Hamizah, 14, dipercayai panik apabila melihat mangsa diserang sesak nafas ketika kedua-duanya berada di kawasan kejadian, berhampiran sebuah kawasan lapang tempat remaja bermain bola sepak. 

Menurutnya, disebabkan panik, suspek dipercayai meninggalkan mangsa begitu saja, biarpun sebelum itu berusaha memberikan bantuan pernafasan. "Suspek turut meletakkan beg dan telefon bimbit mangsa di surau berdekatan kampung berkenaan pada kejadian yang berlaku antara jam 9 dan 10 malam itu," katanya. 

Menurutnya, setakat ini, polis belum mengetahui punca sebenar kematian disebabkan mayat mangsa ditemui dalam keadaan busuk. “Tiada kesan langsung mangsa cedera di mana-mana anggota badan, manakala barang kemas masih dipakai mangsa ketika ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, semalam. 

Beliau berkata, suspek yang juga belajar di sekolah sama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. "Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dan suspek berkawan rapat dan pergi ke kawasan kejadian secara sukarela berdasarkan tiada kesan kecederaan di tubuh mangsa," katanya. 

Menurutnya, polis akan meneruskan siasatan bagi mengetahui punca kematian selain mengharapkan orang awam yang nampak ketika kejadian tampil membantu. Gunajaran berkata, polis akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya dan setakat ini siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Dalam kejadian 7 malam Rabu lalu, Aimi Hamizah ditemui mati di semak yang turut dijadikan kawasan pembuangan sampah selepas dilaporkan hilang sejak Isnin lalu. Mangsa ditemui dalam keadaan telentang atas papan lapis dengan berpakaian baju kurung merah jambu dan tudung di sisi oleh sekumpulan remaja lelaki yang sedang pulang bermain bola di kawasan lapang berhampiran. 

Jenazah mangsa disembahyangkan di Surau Taman Ayer Molek, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Minyak, di sini selepas solat Asar, semalam.



Comments

  1. Assalamualaikum,
    Saya En. Mohd Zuhairi , pengasas produk Jutawan herbs.

    Sy ada menjual herba warisan yg mampu membantu merawat pelbagai jenis kanser dari tahap 1 hingga tahap 4 dan jugak untuk sakit lutut dan masalah penafasan,Insya Allah. Tak perlu risau sebab herba-herba sy tak menghalang dan tak mengganggu rawatan hospital seperti kimo. Herba ini boleh diambil semasa rawatan, malah sgt baik jika berubat bersama² supaya lebih cepat sembuh. Daun- daun herba warisan terpilih ramuannya yg amat mujarab ini memang tidak akan jumpa di mana mana. Ia herba yg sukar dijumpai tapi amat mujarab dan ramai pesakit kanser tahap 1 hingga tahap 4 yg dah sembuh. Herba ciptaan istimewa ini boleh merawat dan membaik pulih sel-sel kanser sehingga tahap akar umbi. Jangan biar penyakit anda lama-lama terbiar menyerang tubuh kerana ia perlu dibuang secepatnya supaya tak merebak lagi jauh ke organ-organ lain. Lagi lama dibiarkan lagi ambil masa nak pulih kan. Jgn sampai terlewat,jangan biarkan hidup derita, setiap penyakit pasti ada penawar, kita usaha sehabis boleh, selagi boleh rawat lebih baik di rawat. Hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia, herba ini amat- amat mujarab, jangan biar derita penyakit anda tanggung ini membunuh kehidupan anda. Ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy, jangan ragu dan buang masa berfikir pjg lg, herba bukan lg perkara yg dipandang biasa, ia makin mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pengamal perubatan herba di seluruh pelusuk dunia. Tetapi herba yg sy ciptakan ini sudah terbukti sgt berkesan untuk semua jenis kanser. Hubungi saya di nombor ini:







    Sy cuma membantu kerana sy tak sanggup tngok org dpn mata sy sengsara kerana sakit teruk hingga meragut nyawa. Penawar nya dah ada, hubungi sy secepat mungkin .Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh,jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid serta mencegah kanser. Tapi orang yg ada kanser sy akan bantu merawat sehingga sembuh dgn penawar kanser dan herba ini. Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagaimana untuk hadapi kanser, serta cara-cara utk berdepan dgn kanser, cara menjaga pemakanan dan nasihat lain utk anda, kerana pesakit kanser adalah org pertama dalam hidup. Sy dh jumpa ramai pesakit, mungkin kita blh berkongsi pendapat bagaimana hendak merawat sampai sembuh.Sy hulurkan tangan pada anda ,sambut lah sebelum terlambat, ramai pesakit sy dah sembuh, anda bila lagi....?hubungi atau whatsApp sy dengan segera,
    0174687570
    Mohd Zuhairi pengasas Jutawan Herbs
    Boleh singgah di youtube channel kami di Jutawan Herbs utk melihat testimoni-testimoni kanser lagi banyak lagi atau layari laman facebok saya https ://www.facebook.com/jutawan.herbs.9


    Testimoni-Testimoni pengguna Jutawan Herbs.

    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Sekarang dah sembuh dan sihat walaupun pernah diberitahu oleh doktor yang dia hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Dia minum jus herba ni lebih 6tahun.
    Dia mengarang sebuah buku yg mengisahkan pengalamannya sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2022): Dia pernah ditemuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangannya menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.



    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat