Breaking News

Saturday, May 18, 2013

Candice Glover, Juara American Idol

GLOVER (kiri) yang berdiri di sebelah Harrison terkejut apabila dia diumumkan sebagai pemenang oleh Seacrest (kanan) di Teater Nokia, Los Angeles kelmarin.- REUTERS



Penyanyi soul berusia 23 tahun, Candice Glover menjuarai pertandingan nyanyian American Idol musim ke-12 kelmarin dengan mengalahkan penyanyi irama country, Kree Harrison. Glover menewaskan Harrison, 22, menerusi undi popular manakala pihak juri menyatakan ia merupakan pertandingan yang sengit. 

Dia menjadi pemenang selepas menyertai pertandingan tersebut buat kali ketiga. Glover sebelum ini pernah menyertai pertandingan itu sebanyak dua kali iaitu pada musim kesembilan dan ke-11 tetapi gagal melangkah ke pusingan akhir.

Penyanyi berasal dari Carolina Selatan, Amerika Syarikat itu kelihatan terkejut dan menitiskan air mata apabila pengacara Ryan Seacrest mengumumkan bahawa dia memenangi pertandingan itu.

2 comments:

  1. Lawak tengah malam, american idol di terjemahkan terus ke bahasa melayu Berhala Amerika. :) Tak bosan2 diorang tengok rancangn ni ya. Sampai musim ke berapa tah

    ReplyDelete
  2. One of my favorite reality program ni..tak pernah miss and suka dengan candice ni..suara best..

    ReplyDelete

Designed By