Islam dijangka ‘tawan’ Britain

MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary. 

Berdasarkan perkembangan di atas, ramai pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ di Britain dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam. Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.

Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di Britain juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang. Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di Britain berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun. Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, penganut Islam dijangka lebih ramai berbanding Kristian.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat