Breaking News

Sunday, May 12, 2013

Maut dihujani peluru

Maut dihujani peluru di persimpangan lampu isyarat

 
KERETA Alza Thangaraja yang hilang kawalan sebaik terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kuchai, Lunas malam kelmarin.


Seorang pembantu kedai besi buruk dan barangan lusuh maut akibat terkena lapan das tembakan ketika berhenti di satu persimpangan lampu isyarat di Taman Kuchai, Lunas di sini malam kelmarin.

Mayat mangsa K. Thangaraja (gambar kecil), 31, ditemui dalam keadaan tersembam di stereng kereta dengan kesan tembakan di muka dan lengan. Dalam kejadian pada pukul 8.45 malam itu, Thangaraja memandu kereta bersendirian sebelum diserang ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut. 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, semasa kejadian mangsa dipercayai dari rumahnya di Taman Perak di sini dan dalam perjalanan menuju ke arah Lebuh Raya Butterworth-Kulim dekat Sungai Seluang.

Menurut beliau, ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat itu, dua lelaki menunggang sebuah motosikal menghampiri kereta Perodua Alza dipandu mangsa. “Salah seorang lelaki itu terus melepaskan 10 das tembakan ke arah mangsa dan beberapa das tembakan terkena di muka dan lengan mangsa.“Mangsa yang cuba melarikan diri tidak dapat mengawal kenderaan dipandunya lalu terbabas ke kiri jalan iaitu kira-kira 70 meter dari lokasi dia ditembak,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.

3 comments:

Designed By