Breaking News

Tuesday, May 14, 2013

Sekolah Ditutup Kerana 'Viagra'

Sekolah ditutup kerana menuai tumbuhan 'viagra' di Nepal

GAMBAR fail menunjukkan beberapa penduduk mengutip tumbuhan Yarshagumba di daerah Dolpa, Kathmandu.- AFP



Sejumlah sekolah di pedalaman Nepal lengang dan sesi persekolahan terpaksa dihentikan selepas para penduduk keluar menuai tumbuhan yang didakwa boleh menguatkan tenaga batin di kawasan berbukit, kata beberapa pegawai semalam.

Ibu bapa, pelajar-pelajar serta para guru meninggalkan rumah masing-masing untuk menuai tumbuhan itu yang dikenali sebagai Yarshagumba yang mampu menguatkan tenaga. Tumbuhan itu diberi nama jolokan sebagai viagra Himalaya

"Di daerah Jajakot sahaja, sekitar 8,000 pelajar tidak hadir ke sekolah," kata seorang pegawai di sebuah pejabat pelajaran daerah itu, Prakash Subedi.

Menurutnya, sekolah-sekolah terpaksa ditutup kerana tiada pelajar yang datang. Beliau berkata, para guru turut mencari tumbuhan berkenaan.

Sebahagian penduduk kampung di Nepal berkumpul di kawasan padang rumput yang tinggi pada setiap musim bunga untuk mengutip tanaman bernilai itu.

Tanaman tersebut mendapat permintaan tinggi di China dan negara Asia lain dan harganya boleh mencecah AS$11,500 (RM34,356) setiap 450 gram.

Pada tahun 2011, mahkamah Nepal menjatuhkan hukuman penjara ke atas 19 lelaki yang didapati bersalah membunuh sekumpulan pekebun ketika tercetus pergaduhan merebut hak mengutip tumbuhan itu empat tahun lalu. - AFP

3 comments:

  1. Nurfaezah AbdullahMay 14, 2013 at 7:17 PM

    hmmmm macam2 hehe...

    ReplyDelete
  2. amboi sampai macm tu sekali yer

    ReplyDelete
  3. Rezeki yg hadir setahun sekali...elok bila musimnya, sekolah istihar cuti jer...

    ReplyDelete

Designed By