Siapa Bunuh Aimi Hamizah ?

 
ANGGOTA polis memeriksa tempat mayat arwah ditemui.

“Arwah sempat mengajak saya berbuka puasa bersama, malah sebelum keluar mengaji, dia salam saya dan mencium ibunya berulang kali tidak seperti kebiasaan.”

Begitu kata Mohamad Sahak, 58, bapa Aimi Hamizah, 14, yang ditemui mati dalam semak di kawasan pembuangan sampah berhampiran tanah lapang di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, di sini, malam kelmari.

Mayat pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu itu dipercayai menjadi mangsa bunuh sebelum ditemui sekumpulan remaja yang bermain bola di kawasan berhampiran. 

Foto 
JENAZAH arwah dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Mohamad berkata, sebelum kejadian, anak bongsu daripada tiga beradik itu berjalan untuk mengaji di sebuah rumah kira-kira 200 meter dari rumah mereka pada jam 7.40 malam.

“Kebiasaannya arwah pulang jam 9 malam, namun pada malam kejadian sehingga jam 10 malam, arwah masih tidak muncul sebelum saya mencarinya di tempat mengaji.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat