Breaking News

Monday, May 20, 2013

Stesen Kereta Api Termewah

 RUANG pejalan kaki yang bermarmar membenarkan pengguna bergerak dengan selesa.


Pengguna kereta api bawah tanah London sudah pasti cemburu dengan gambar ini yang tidak lama lagi akan menjadi sistem kereta api antara bandar paling mewah di dunia.

Kelihatan lebih seperti berada di dalam hotel lima bintang, rangkaian yang dicadangkan di Riyadh, Arab Saudi itu akan mempunyai rekaan zaman angkasa dengan tempat laluan bermarmar, dinding bersalut emas dan berhawa dingin sepenuhnya.

Kawasan berkenaan akan direka untuk membolehkan cahaya memasukinya tetapi pada masa sama menghalang haba panas dari pancaran matahari.

Dalam pada itu, keseluruhan reka bentuknya bertujuan untuk mengingatkan mengenai bukit pasir yang membentuk muka bumi negara itu. 


Foto
REKA bentuk stesen itu akan membenarkan kemasukan sinaran matahari, tetapi penghawa dingin membolehkan pengguna merasa sejuk.

 
Lebih mengagumkan, rangkaian enam landasan berkenaan diarah untuk disiapkan oleh Raja Abdullah dalam masa hanya empat tahun.

Tempoh itu sama dengan masa yang diambil untuk mengubah suai hanya sebuah stesen di New York.

Apa yang akan lebih mengecewakan pengguna kereta api di London ialah ciri utama sistem baru, sebuah persimpangan bertingkat tiga hala di stesen paling sibuk di Riyadh itu direka oleh arkitek warga Britain, Zaha Hadid yang menjadi tunggak di sebalik perkembangan projek pembangunan di seluruh dunia.

Pereka yang berpangkalan di London itu dan mempunyai darah keturunan Iraq adalah orang bertanggung jawab di sebalik pembangunan di Dataran Hoxton dan Eaton Place, di London selain projek antarabangsa lain, termasuk di bandar raya New York, Singapura dan Dubai. - AP

6 comments:

  1. Tengok gambar pun mewah. Siap salut emas lagi =)

    ReplyDelete
  2. Akhir zaman, orang ke tanah haram untuk melancong

    ReplyDelete
  3. mewah betul..mcm angkasa lepas la

    ReplyDelete
  4. Memang nampak mewah.... macam...zaman 2020 pulak!

    ReplyDelete

Designed By