Breaking News

Monday, May 6, 2013

Suara Dari Pokok ?

Pokok Menjerit Apabila Dahaga


Pokok jerit bila dahaga?
Pokok & bunyi ultrasonik

Pokok adalah sebahagian ekosistem utama dan hidup dengan menyerap air, karbon dioksida serta cahaya matahari.
 
Sekumpulan saintis Eropah percaya, mereka berjaya merakamkan bunyi jeritan pokok yang sedang dahaga.

Seorang pakar mendedahkan, hasil kajian mereka mendapati, pokok-pokok yang hidup menghasilkan bunyi ultrasonik sewaktu menyerap lembapan di musim kering.

"Lagi banyak lembapan diserap, lagi kuat bunyi ultrasonik dikeluarkan.  

Namun, bunyi berkenaan 100 kali lebih pantas daripada pendengaran manusia," kata ketua pengkaji, Philipe Marmottant.

Penyelidik dari Universiti Grenoble, Perancis itu turut percaya, tumbuhan yang bernyawa dengan karbon dioksida mampu memperlahankan proses penyerapan dan mengurangkan julat ultrasonik di udara. 


 MailOnline.

4 comments:

  1. Ini semua hasil kajian mereka terhadap Al-Quran, dan kini terbukti benar... Itu mereka tidak dedahkan...

    ReplyDelete
  2. Saudara Bin Muhamad, ayat alquran dan hadis mana mereka rujuk tu? Bagus kalau dapat kongsi

    ReplyDelete
  3. Tq Bm for sharing..boleh kongsi details..

    You are most welcome KA..

    ReplyDelete

Designed By