Breaking News

Friday, June 7, 2013

20 jam memilukan, Mangsa Runtuhan

Mayat mangsa kejadian runtuhan tanjakan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin, 45, yang ditemui dalam keadaan mukanya tersembam di atas papan pemuka kereta dipandunya hanya berjaya dikeluarkan selepas lebih 20 jam usaha dilakukan.

Selepas mangsa ditemui kira-kira jam 12.27 tengah malam kelmarin, usaha mengalihkan konkrit menghempap kereta mangsa menggunakan kren 380 tan sebanyak dua kali gagal dan berikutan itu anggota penyelamat terpaksa melakukan kerja-kerja memecahkan bongkah struktur konkrit yang runtuh sebelum berjaya dikeluarkan jam 8.45 malam tadi.

Sejurus mangsa berjaya dikeluarkan suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian apabila abang ipar mangsa pengsan. Ketika mayat terbabit dikeluarkan anggota pasukan keselamatan, abang iparnya yang terlalu sedih memeluk anggota bomba sambil menangis teresak-esak.

Foto
ANGGOTA pasukan keselamatan mengusung mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan kira-kira jam 8.45 malam tadi.

Dia yang tidak dapat menahan hiba itu terpaksa dipapah beberapa anggota pasukan keselamatan sebelum rebah dan dikejarkan ke hospital.


Rahsia Jutawan Ternama  
Cara Buat Duit Dengan Says
Pekerja Dirumah Diperlukan     
Cara Buat Duit Dengan Gushad
Teknik Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan   


Source

2 comments:

  1. astaga..semoga arwh ditmptkn di tmpt org2 briman..

    ReplyDelete

Designed By