Breaking News

Saturday, June 1, 2013

6 kubur besar di temui

6 kubur besar penduduk Palestin ditemui

Gambar yang diambil pada 31 Mei lalu merakamkan tulang rangka manusia dalam sebuah kubur besar yang ditemui di daerah Jaffa, Tel Aviv, Israel dipercayai kubur penduduk Palestin yang terbunuh semasa perang Israel-Palestin pada 1948. - AFP


Enam kubur besar yang menempatkan berpuluh-puluh mayat penduduk Palestin yang dibunuh semasa perang Israel-Arab pada 1948 ditemui di daerah Jaffa, Tel Aviv. Seorang pegawai tanah perkuburan Islam berkata, kubur tersebut ditemui ketika berlaku tanah runtuh apabila kerja-kerja pembaikan dilakukan di kawasan tersebut, kelmarin.

Seorang nelayan di Jaffa, Atar Zeinab, 80, berkata, ketika remaja, dia membantu mengumpul mayat penduduk Arab di Jaffa dan membawanya ke kawasan perkuburan itu pada bulan-bulan akhir peperangan pada 1948, yang menyaksikan wujudnya negara Israel. ‘‘Saya membawa kira-kira 60 mayat dalam tempoh tiga atau empat bulan semasa perang tersebut.

‘‘Kami dulu sering menemui mayat di jalan dan kebanyakannya kami tidak kenal pun identiti mereka,’’ katanya. Dia berkata, keadaan ketika itu sangat berbahaya dengan kemungkinan terkena tembakan peluru atau letupan bom tangan. ‘‘Mayat-mayat ini akan dimasukkan ke dalam satu kubur dan dikebumikan,’’ katanya. - AFP


Source

1 comment:

Designed By