Petani ditahan simpan alien dalam peti sejuk 
 Foto: Metro.co.uk

Seorang petani ditahan selepas beliau dengan bangganya memaparkan foto makhluk asing di internet dan mendakwa menangkap makhluk tersebut.

Petani yang dikenali sebagai Li, kini terkenal di media China selepas memuat naik gambar makhluk asing tersebut dan akhirnya terpaksa mengakui, ‘alien’ tersebut direka menggunakan daging ayam dan dawai bagi mengelirukan orang ramai.


Beliau ditahan polis selama lima hari kerana menyebarkan gambar palsu dan menganggu orang awam.
Pada mulanya, petani itu menceritakan cara beliau menangkap makhluk asing menerusi laman web.

Kemudian, Li memuat naik gambar makhluk asing yang usdah mati itu di dalam peti sejuk menyebabkan ramai pengguna internet mempersoalan kebenaran gambar tersebut.
Pada masa itu, Li menegaskan yang ceritanya benar.