Breaking News

Friday, June 21, 2013

Bertukar Loghat Akibat kemalangan

 http://www.theepochtimes.com/n3/eet-content/uploads/2013/06/woman-676x450.jpg
 Leanne Rowe

Seorang wanita, Leanne Rowe warga Australia kini fasih bertutur loghat Perancis selepas cedera di kepala akibat kemalangan lapan tahun yang lalu. Beliau mengalami keretakan rahang dan tulang belakang yang serius akibat kemalangan tersebut dan terpaksa melalui tempuh rawatan yang panjang.

Namun apabila pulih sepenuhnya, Rowe terkejut dan kecewa kerana pertuturannya kini bertukar kepada loghat Perancis. Keadaan ini memberikan tekanan kepada beliau dan anak perempuannya. Walaupun, Rowe tidak pernah menjalankan sebarang diagnosis, namun doktor keluarganya Robert Newton memberitahu dia mungkin warga Australia kedua yang mengalami Sindrom Loghat Asing.

Hanya beberapa puluh orang di dunia sahaja dikesan menghidapi sindrom berkenaan sejak pertama ianya direkodkan pada 1907. Ia berkait rapat dengan kerosakan bahagian otak yang mengawal pertuturan. Tiga tahun lalu, seorang wanita di England dilaporkan mula bercakap loghat Cina selepas menghidap migrain.

4 comments:

  1. hmm macam mana boleh terjadi tu? like all of sudden...

    ReplyDelete
  2. Macam pernah terbaca... dah lamakan Raudzah kisah ni!

    ReplyDelete
  3. err mcmna bole jadi mcm tu ya..

    ReplyDelete
  4. Kuasa ALLAH fae & mama rey..

    Yup ada a few kisah sebelum ni Okje..

    ReplyDelete

Designed By