Fenomena 'Supermoon' Hari Ni

 Supermoon
Fenomena bulan paling hampir ke 
bumi, yang dikenali sebagai Preigee atau Supermoon, akan dapat 
disaksikan pada malam ini, demikian menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa).
Menurut kenyataan Angkasa, orang ramai akan dapat melihat bulan yang 
14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena 
bulan penuh biasa.
"Kita dapat saksikan bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan 
penuh, kali ini merupakan bulan penuh yang paling hampir dengan bumi, 
dengan jarak 356,989 kilometer," katanya.
Kenyataan itu menyebut keadaan ini berlaku kerana bulan mempunyai 
orbit yang sedikit bujur bukan berbentuk bulat sempurna, dan ini 
menyebabkan jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah.
Selain itu, antara kesan jarak bulan yang dekat ialah perbezaan 
pasang dan surut air laut agak tinggi berbanding kebiasaan, katanya.
Tahun ini, jarak paling jauh antara bulan dan bumi ialah pada 7 Julai, iaitu fasa bulan baharu dengan jarak 406,491 kilometer.-BERNAMA
TQ info ni Raudzah.....sok jangan lepaskan peluang pandang bulan tak berkelip hehe
ReplyDeletebaru tau..tq info ni Raud..:)
ReplyDeletesupermoon n malam nisfu syaaban :) nicee
ReplyDeleteYou are most welcome Okje & Mama rey..
ReplyDeleteYup Hafrizah..semoga lebih keberkatannya..