kawin 4
Gambar kahwin semasa 4 tahun, ketika dewasa dan ulangtahun perkahwinan ketika berusia 70 tahun - Foto telegraph.co.uk
 
Sepasang warga emas, Ron Everest dan Eilen Campbell, tidak menyangka bahawa pakaian pengantin yang disarungkan kepada mereka di usia 4 tahun dalam satu karnival telah membuahkan bibit-bibit cinta di antara mereka.

Menariknya Pasangan itu yang kini berusia 91 tahun telah dilahirkan di unit yang sama iaitu di Hospital Bersalin Tentera Laut di Gillingham, Kent. Bapa mereka bersahabat baik serta sama-sama berjuang dalam Perang Dunia Pertama dan kekal rapat sehingga memakaikan mereka pakaian pengantin semasa Karnival Gillingham pada tahun 1926.

Pasangan itu kemudian berkahwin pada 7 Jun 1943 pada usia 21 tahun. Setelah mengharungi hidup bersama selama 70 tahun, mereka percaya  jodoh mereka sebenarnya sudah ditentukan sejak dilahirkan.
Cinta kami disemai mungkin sejak dilahirkan lagi kerana lahir di unit bersalin yang sama," kata Everest.