Breaking News

Friday, June 14, 2013

Kambing 'dihadapkan' ke Mahkamah

Garry, OKT

Pelik tapi benar, apabila seekor kambing telah dihadapkan ke mahkamah Sydney kerana kesalahan makan bunga di Muzium Seni Kontemporari di bandar itu. Garry dan pemiliknya Jim Dezarnaul berdepan saman lebih $400 (RM1283.26) sekiranya sabit kesalahan vandalisme terhadap tanaman.

Bagaimanapun, kes terhadap kambing yang bernama Garry ini digugurkan dan saman yang dikenakan ke atas pemiliknya dibatalkan kerana  Mahkamah memutuskan polis tidak mempunyai cukup bukti untuk menuduh pemilik Garry, Jim Dezarnaul bertanggungjawab ke atas tindakan kambing itu. Mahkamah juga memutuskan polis mengeluarkan notis saman yang salah.

p/s: nasib baik tak dibicarakan, kalau tak kena cari translator untuk kambing..camne tu..

2 comments:

  1. hu2... pelik2 je.. >.< ekkekekek

    ReplyDelete
  2. Pelik tapi cute kan aisya..bayangkan kalau betul-betul ada dibicarakan..he..he

    ReplyDelete

Designed By