Breaking News

Sunday, June 23, 2013

Kejam: Bayi Di Beri Minum Racun

http://www.983flyfm.com/deejay/wp-content/uploads/2013/03/newborn-baby-boy-clothes-photo.jpg
 Source: Google

Meskipun diberi minum racun dan dibuang tanpa sehelai pakaian sebaik dilahirkan, nasib masih menyebelahi seorang bayi lelaki dari daerah Kinabatangan, apabila ditemui penduduk dalam keadaan masih hidup sebelum diberi rawatan tradisional. 
Difahamkan, bayi itu dipercayai cuba digugurkan ibunya ketika kandungan berusia lima bulan, tetapi sebaik ‘dilahirkan’, bayi berkenaan terus bernyawa. Tidak sanggup membunuh dengan mencederakan bayi itu, pelaku yang lebih kejam daripada binatang itu kemudian memberi insan kecil itu racun sebelum meninggalkan bayi terbabit dalam keadaan bogel di hadapan rumah pekerja ladang sawit. 
Individu yang menemui bayi terbabit mendakwa mulut bayi itu berbau racun dan masih hidup sebelum dirawat menggunakan perubatan tradisional. Bagaimanapun keadaan bayi tersebut yang semakin lemah, menyebabkan penduduk segera menghantarnya ke klinik bergerak bagi mendapatkan rawatan susulan.

9 comments:

  1. memang kejam.. dh xde rasa perikemanusiaan...

    ReplyDelete
  2. orang nk anak,kau buang anak...bengong..

    ReplyDelete
  3. Kan Maria..macammanalah dia orang ni rasa bila buat benda-benda macam ni..

    Yup dunia ni sungguh kejam kan fana..

    ReplyDelete
  4. Sungguh kejam...tersiksa sungguh bayi tu!

    ReplyDelete
  5. pelik..pelik..kenapa kejam sangat?? baby kan comel je..anak tu kan anugerah terindah..

    ReplyDelete
  6. Hei ..apa nak jadi ngan manusia sekarang ni....maksiat pulak semakin berleluasakan Raudzah

    ReplyDelete

Designed By