Breaking News

Monday, June 24, 2013

Kejam: Mayat Rentung Tanpa Kepala

 Foto
 Mayat Rentung Tanpa kepala

Satu mayat ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila bukan saja rentung, malah kepalanya sudah bercerai dari badan manakala kedua-dua tangan dan kakinya hilang di kawasan belukar berhampiran bulatan menuju ke Stesen Kereta Kabel Genting Highlands, di bentong, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor, mayat mangsa ditemui orang awam yang menggunakan laluan berkenaan sebelum memaklumkan polis kira-kira jam 6.30 petang.

Foto
Tempat kejadian

Ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, mayat itu masih dalam keadaan terbakar. Sehingga kini, pihak polis tidak dapat mengenal pasti jantinanya, kerana tiada sebarang pengenalan diri pada mangsa. Mereka percaya mayat berkenaan mungkin dibunuh di tempat lain sebelum dibuang dan dibakar ke kawasan belukar tersebut.

p/s: kejamnya manusia

3 comments:

Designed By