Breaking News

Thursday, June 20, 2013

Kucing Istimewa Calon Datuk Bandar

Kucing dicalonkan sebagai Datuk Bandar di Mexico
  Calon Datuk Bandar


Gara-gara bosan dengan ahli-ahli politik yang korup, dua warga bandar Xalapa di Mexico telah bertindak mengetengahkan seekor kucing sebagai calon untuk bertanding jawatan datuk bandar di situ.

Bermula sebagai gurauan, kucing yang bernama Morris itu dipilih kerana bandar tersebut dikatakan penuh dengan ahli-ahli politik yang digelar penduduk tempatan sebagai ‘tikus’. Morris ditugaskan untuk menghapuskan tikus di bandar itu, bertanding atas slogan kempen ‘Xalapa Tanpa Tikus’.

Halaman Facebook untuk Morris telah mencatat lebih dari 130 ribu ‘like’, jauh meninggalkan calon-calon yang telah pun mendaftarkan diri dalam pemilihan Xalapa, malah lebih dari gabenor Veracruz sendiri.

Halaman Facebook dan website Morris dipenuhi dengan karya seni, video serta slogan yang dikirimkan oleh peminat dari seluruh Mexico. Populariti Morris kini melebihi para calon lain dan namanya dikenali seluruh warga Mexico. Mexico bakal mengadakan pemilihan tempatan di setengah kawasan di negara itu pada 7 Julai.

5 comments:

  1. satu cara perli yang sangat bagus.hahaha

    ReplyDelete
  2. Baik punya calon...baik punya perli... Kalau dibuat disini macmne reaksi orang kite agaknye?

    ReplyDelete
  3. Ada adalah depa ni....
    Tak masuk akal langsung!

    ReplyDelete
  4. adeh..mcm-mcm betul dorang ni hehhe

    ReplyDelete
  5. kucing pun jd mngsa..hehe..nsib cute..

    ReplyDelete

Designed By